Berita Harian

Wanita maut nahas elak zink terbang

-

Jitra: “Saya sudah larang dia keluar kerana tak sedap hati disebabkan ketika itu angin kuat, tetapi arwah kata dia keluar sebentar sahaja sebab mahu membeli barang bagi sambutan Aidiladha,” kata Antilah Mat Isa, 55.

Antilah adalah ibu kepada Marziah Che Omar, 27, gadis yang meninggal dunia dalam kemalangan di Batu 13, berhadapan Masjid Siti Fatimah dekat sini, kelmarin.

Mangsa dipercayai menunggang motosikal seorang diri dan dikatakan cuba mengelak zink yang berterbang­an sebelum terkena mangsa menyebabka­n dia terjatuh di atas jalan lalu dilanggar kereta.

Menurut Antilah, dia sempat melihat wajah anaknya buat kali terakhir ketika keluar rumah kira-kira jam 8.15 malam, sebelum dimaklumka­n jiran yang anaknya terbabit dalam kemalangan 15 minit kemudian.

“Saya tanya jiran keadaan anak saya, tetapi mereka suruh saya pergi sendiri ke tempat kejadian untuk melihat keadaan Marziah.

“Sebaik tiba, saya dan suami, Che Omar Hamid, 60, ternampak arwah terbaring dan bertutup dengan payung menyebabka­n kami menggetar seluruh badan.

“Suami keluar melihat arwah yang ketika itu sudah kaku dan disahkan meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Bersatu, semalam.

Antilah berkata, keluargany­a reda dengan apa yang berlaku kerana kehilangan seorang anak yang baik.

“Sepatutnya tahun depan dia berkahwin dengan tunangnya, seorang anggota tentera, namun tidak kesampaian.

“Sambutan Aidiladha bagi kami sudah suram, arwah merancang menyediaka­n laksa untuk dimakan keluarga tetapi hajatnya tidak kesampaian,” katanya.

Jenazah Marziah selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Belukar, jam 2.30 pagi semalam.

Sementara itu, kakak arwah, Mariani Che Omar, 34, berkata sejak akhir-akhir ini arwah sangat manja, malah dia ada meminta dimasakkan makanan kesukaanny­a ketika berkunjung ke rumahnya di Taman Gemilang, minggu lalu.

 ?? [Foto Sharul Hafiz Zam /BH] ?? Antilah menunjukka­n gambar Marziah ketika ditemui di rumahnya di Taman Bersatu, Jitra, semalam.
[Foto Sharul Hafiz Zam /BH] Antilah menunjukka­n gambar Marziah ketika ditemui di rumahnya di Taman Bersatu, Jitra, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia