Berita Harian

Terkilan tak sempat selamatkan ayah

Nelayan dikhuatiri lemas terjatuh ke laut ketika ombak besar

- Bhnews@bh.com.my

Oleh Zuliaty Zulkiffli Jitra: “Saya terkilan tak sempat selamatkan ayah ketika dia terjatuh ke dalam laut kerana ketika itu ombak besar menghempas bot yang kami naiki,” kata Mohd Suhaimi Azimat, 27.

Dalam kejadian jam 9.21 malam kelmarin, Mohd Suhaimi dan bapanya, Azimat Hassan, 62, dalam perjalanan pulang selepas menangkap ikan berdekatan Jeti Tok Arab, Jerlun.

Mohd Suhaimi berkata, cuaca baik secara tiba-tiba bertukar menjadi ribut disertai hujan lebat menyebabka­n keadaan ombak bergelora sehingga bot dinaiki mereka hampir karam.

“Ketika itu ayah duduk di bahagian tengah bot, manakala saya pula duduk di bahagian belakang, tetapi secara tiba-tiba ayah jatuh ke dalam laut ketika ombak kuat menghempas.

“Saya jerit panggil ayah dan dia suruh saya bawa bot datang dekat. Namun, dalam dalam keadaan terkapai-kapai ayah tenggelam ketika saya cuba menghampir­inya, ia terus tenggelam,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kuala Kerpan, semalam.

Mohd Suhaimi berkata, dia juga hampir jatuh ke dalam laut, tetapi sempat berpaut sebelum meneruskan perjalanan pulang ke pelantar ikan di Kuala Kerpan untuk memaklumka­n kejadian dan meminta bantuan penduduk.

“Saya yakin ayah masih hidup kerana dia berpengala­man luas dan sudah berbelas tahun menjadi nelayan dan tahu berenang.

“Kami cuma berharap ayah ditemui selamat kerana kami mahu menyambut Aidiladha bersamanya,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Pangkalan Hadapan Carilamat Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR), Left Madya (Maritim) Hafizul Amri Arif, berkata operasi mencari mangsa terpaksa ditangguhk­an tengah hari semalam berikutan keadaan laut bergelora.

Beliau berkata, setakat ini belum ada petunjuk penemuan mangsa dan akan meneruskan pencarian semula sehingga kawasan 17 batu nautika dari mangsa dilaporkan terjatuh.

“Operasi mencari mangsa dilakukan Bot Kilat 29 bersama tujuh anggota Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia bersama empat anggota polis dan enam anggota bomba menaiki dua bot berasingan,” katanya.

 ??  ??
 ?? [Foto ihsan APMM] ?? Pasukan penyelamat dibantu penduduk setempat menjalanka­n operasi mencari dan menyelamat Azimat (gambar kecil) di perairan berhampira­n Jeti Tok Arab, Jerlun, semalam.
[Foto ihsan APMM] Pasukan penyelamat dibantu penduduk setempat menjalanka­n operasi mencari dan menyelamat Azimat (gambar kecil) di perairan berhampira­n Jeti Tok Arab, Jerlun, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia