Berita Harian

Ainul sihat, pandai mengunyah

Bapa ceria anak tunjuk perkembang­an positif, berat terkini 3.6kg berbanding 1.2kg

- Suzalina@bh.com.my

Oleh Suzalina Halid Kuala Lumpur: Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin iaitu bayi yang mendapat perhatian masyarakat negara ini akibat penyakit ‘Germ Cell Tumour’ yang pernah dihidapiny­a, kini pandai mengunyah.

Bagaimanap­un, Ainul Mardhiah belum boleh diberikan makanan pejal, sebaliknya masih bergantung sepenuhnya kepada susu yang diberikan menggunaka­n saluran pemakanan.

Bapanya, Ahmad Safiuddina­hmad Razak, 24, berkata anaknya itu juga sentiasa menunjukka­n perkembang­an positif dengan berat terkini 3.6 kilogram (kg) berbanding 1.2kg sebelum ini.

“Ainul sihat dan stabil, malah sentiasa menunjukka­n perkembang­an positif selain Ainul sudah reti kunyah, cuma belum lagi makan dan masih minum susu gunakan saluran pemakanan,” katanya ketika dihubungi BH , di sini, semalam.

Bayi itu yang sebelum ini berjaya menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di mulutnya di sebuah hospital di London, pada 10 Jun lalu, akan berusia setahun, Selasa ini.

Selepas lebih dua bulan dirawat di kota London, Ainul Mardhiah pulang ke tanah air pada 28 Julai lalu sebelum dibawa ke HKL untuk rawatan susulan dan pemantauan sehingga kini.

Ahmad Safiuddin berkata, tiada perancanga­n khusus mengadakan sambutan ulang tahun Ainul Mardhiah yang lahir pada 13 Ogos tahun lalu, sebaliknya ia hanya akan disambut seperti biasa.

“Insya-allah, sambut hari ulang tahun seperti biasa, namun tiada perancanga­n apa-apa buat masa ini, ” katanya.

Mengenai sambutan Aidiladha hari ini, Ahmad Safiuddin berkata, beliau tidak kisah beraya di hospital kerana apa yang paling penting dapat bersama keluarga.

Dalam pada itu, berdasarka­n pengalaman dilaluinya, beliau kini sedia membantu ibu bapa senasib dengannya.

Katanya, beliau menggunaka­n kelebihan akaunnya di laman sosial, Facebook yang mempunyai ratusan ribu pengikut untuk berkongsi artikel mengenai individu yang memerlukan bantuan.

“Dahulu ketika Ainul perlukan bantuan, ramai dalam kalangan rakyat Malaysia tidak kira warna kulit membantu memudahkan proses rawatannya. Ada yang bantu dengan wang, doa dan kata semangat.

“Sekarang, apabila Ainul sudah semakin sihat, saya dan isteri terpanggil membantu orang lain. Kami faham perasaan itu sebab kami sudah melaluinya,” katanya.

 ??  ?? Ainul Mardhiah semakin bertambah berat badan dan pandai mengunyah.
Ainul Mardhiah semakin bertambah berat badan dan pandai mengunyah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia