Berita Harian

Majikan bantu bayar hutang PTPTN dapat pelepasan cukai

-

Kuala Lumpur: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyaranka­n setiap majikan atau syarikat yang memiliki perniagaan berdaftar merebut peluang pelepasan cukai tanpa had bagi tahun berakhir 2019 ini sebagaiman­a yang diumumkan ketika Belanjawan 2019 yang lalu.

Pengurus Besar Kanan PTPTN, Abdul Ghaffar Yusop berkata, pelepasan cukai itu boleh diperoleh menerusi bantuan bayaran balik pinjaman PTPTN oleh majikan kepada kakitangan sepenuh masa yang akan tamat pada 31 Disember ini.

Katanya, bantuan itu dirujuk sebagai hadiah atau sumbangan majikan kepada kakitangan yang layak menerimany­a tanpa melibatkan gaji kakitangan.

“Ada sesetengah majikan memberi bonus tahunan atau insentif melancong dan sebagainya. Jadi, untuk memberi kelainan kali ini, mereka boleh membantu membayar hutang PTPTN kakitangan masing-masing.

“Secara tidak langsung, membantu kakitangan mengurangk­an beban hutang mereka, malah majikan juga mendapat pelepasan cukai tanpa had.

“Sekiranya jumlah bantuan bayaran balik pinjaman PTPTN itu berjumlah RM100,000 untuk kakitangan mereka, maka majikan juga layak menerima nilai pelepasan cukai yang sama. Ini menguntung­kan setiap pihak terbabit,” katanya ketika ditemubual mengenai pelepasan cukai kepada majikan.

Abdul Ghaffar berkata, situasi ini juga boleh dianggap sebagai menang-menang kerana sebelum ini kerajaan melalui PTPTN memberi bantuan pinjaman kepada pelajar untuk menghasilk­an modal insan terbaik bagi pasaran pekerjaan, dan kini majikan atau syarikat pula boleh membantu membayar balik sebagai tanggungja­wab sosial.

“Terdapat dua kaedah boleh digunakan oleh majikan atau syarikat iaitu bayaran ansuran setiap bulan atau sekali gus, seterusnya layak mendapat pelepasan cukai itu.

“Tiada jumlah minimum atau maksimum ditetapkan kerana ia bergantung kepada budi bicara majikan membantu kakitangan. Jika majikan mengarahka­n kakitangan membuat bayaran terhadap bayaran balik yang telah dibuat oleh majikan, aduan boleh dilakukan di PTPTN dan ia akan dipanjangk­an kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk siasatan.

“Majikan yang membuat tuntutan palsu akan dikenakan kesalahan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.

“Bagaimanap­un, mereka yang menjadi majikan kepada diri sendiri, tidak layak mendapat pelepasan cukai berkenaan kerana syarat utamanya ialah majikan membantu kakitangan­nya membuat bayaran balik PTPTN,” katanya.

Abdul Ghaffar berkata, tawaran itu bermanfaat kepada pelajar lain yang ingin meneruskan pengajian dan memerlukan bantuan PTPTN.

Sementara itu, Pengarah Urusan, Vector Infotech Sdn Bhd, Hii Ding Sin, berkata syarikat tersebut menghargai insentif yang ditawarkan PTPTN ini.

“Syarikat kami sudah membayar balik pinjaman PTPTN sehingga RM64,541.00 untuk kakitangan beberapa bulan yang lalu dan bercadang membayar untuk kakitangan yang lain dalam waktu terdekat”.

“Tujuan utama syarikat menyertai program ini adalah untuk mendapatka­n penjimatan cukai untuk syarikat, di samping dapat memberikan ganjaran kepada kakitangan cemerlang, sekali gus dapat mengurangk­an beban kewangan mereka”.

Beliau berharap, langkah yang diambil dapat menggalakk­an majikan atau syarikat lain untuk turut sama menyertai program ini sebagai komitmen kepada masyarakat.

Majikan yang ingin membuat bayaran balik kakitangan­nya boleh melayari portal rasmi PTPTN iaitu www.ptptn.gov.my (portal majikan online).

Syarikat kami sudah membayar balik pinjaman PTPTN sehingga RM64,541.00 untuk kakitangan beberapa bulan yang lalu dan bercadang membayar untuk kakitangan yang lain dalam waktu terdekat.

Hii Ding Sin, Pengarah Urusan, Vector Infotech Sdn Bhd

 ??  ??
 ??  ?? Abdul Ghaffar ketika ditemu bual di Menara PTPTN, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Abdul Ghaffar ketika ditemu bual di Menara PTPTN, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia