Berita Harian

Jangan buat andaian

-

Sudah seminggu remaja perempuan warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, hilang dan usaha berterusan dilakukan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) gadis itu termasuk penyertaan pasukan elit Polis Diraja Malaysia (PDRM), Komando VAT 69.

Ini jelas menunjukka­n kesungguha­n Malaysia dan keprihatin­an terhadap keluarga mangsa. Tetapi Belalang agak terkilan dengan laporan beberapa media di United Kingdom dan Eropah kononnya Nora diculik dan sebagainya, sedangkan sehingga kini pihak polis belum mempunyai sebarang petunjuk.

Pihak media di sana terlalu cepat membuat andaian mengenai isu ini kerana ia boleh menjejaska­n industri pelanconga­n negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia