Berita Harian

Moga dapat haji mabrur

-

Kepada 30,200 jemaah haji Malaysia yang kini berada di Arafah untuk berwukuf, moga mendapat haji mabrur. Wukuf di Arafah adalah rukun terpenting dalam ibadat haji dan setiap jemaah perlu berada di Arafah sekurang-kurangnya seketika pada waktu Zuhur 9 Zulhijah sehingga Subuh 10 Zulhijah.

Arafah adalah bumi khusus yang dicipta Allah SWT bagi manusia memohon keampunan dan rahmat-nya. Seandainya seorang jemaah berniat haji, tetapi tidak berkesempa­tan berwukuf di Arafah, maka hajinya dianggap tidak sah.

Belalang juga mengucap tahniah kepada Tabung Haji kerana kecekapan pekerjanya menjamin kelancaran rakyat kita menunaikan fardu haji dari mula sampai akhir, selain sentiasa menjaga kebajikan jemaah 24 jam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia