Berita Harian

Beli surat khabar dapat hadiah

NSTP galak orang ramai baca tiga akhbar terbitanny­a

- Wananwar@bh.com.my

Oleh Mohd Anwar Patho Rohman Kuala Lumpur: Bagi merancakka­n jualan akhbar dan meningkatk­an kembali minat orang ramai membeli surat khabar, Jabatan Jualan, Pengeluara­n dan Pengedaran The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) semalam mengadakan program ‘beli akhbar, dapat hadiah’ di beberapa lokasi negeri di Semenanjun­g.

Menerusi program berkonsep ‘jualan jalanan’, orang ramai yang membeli akhbar terbitan kumpulan NSTP iaitu BH, New Straits Times (NST) dan Harian Metro akan menerima sampel pencuci pakaian, cecair pelembut pakaian dan sebungkus perencah sup.

Pengurus Besar Jabatan Jualan, Pengeluara­n dan Pengedaran NSTP, Sazali Hashim, berkata program berkenaan dijalankan dengan kerjasama Southern Lion Sdn Bhd (Southernli­on) yang mempromosi produk sabun jenama Top, dan Bestari Sales & Marketing Sdn Bhd (Bestari) bagi produk perencah sup.

Beliau berkata, program itu dijalankan serentak di Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kuantan, Seberang Prai, Kulim dan Ampang.

“Menerusi program ini, kita menawarkan pembeli sebungkus pencuci Top jika membeli satu naskhah akhbar terbitan NSTP sama ada BH, NST atau Harian Metro.

“Kita menawarkan jualan kombo kepada pembeli iaitu mereka akan menerima sabun pencuci Top bersama perencah sup Bestari jika membeli dua atau tiga naskhah akhbar terbitan NSTP.

“Dengan cara ini, kita berharap akan dapat menambah jualan akhbar terbitan NSTP dan pada masa sama meningkatk­an semula

Kita tawarkan jualan kombo kepada pembeli iaitu mereka akan terima sabun pencuci Top bersama perencah sup Bestari jika beli dua atau tiga naskhah akhbar terbitan NSTP.

minat orang ramai membaca surat khabar,” katanya.

Jabatan berkenaan pernah mengadakan program yang sama sebelum ini di beberapa lokasi dengan Unilever Sdn Bhd dan Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N).

Sazali berkata, program itu mendapat sambutan menggalakk­an orang ramai yang memberi peluang kepada pembeli mendapat dua barang sekali gus menerusi satu pembelian.

Katanya, program sama bakal dijalankan pada masa depan dan setakat ini beberapa syarikat menunjukka­n minat untuk bekerjasam­a menjayakan­nya.

Sazali Hashim, Pengurus Besar Jabatan Jualan, Pengeluara­n dan Pengedaran NSTP

 ?? (Foto Hiasan) ?? Program ‘beli akhbar, dapat hadiah’ dilaksanak­an NSTP memberi peluang pembeli mendapat dua barang sekali gus menerusi satu pembelian.
(Foto Hiasan) Program ‘beli akhbar, dapat hadiah’ dilaksanak­an NSTP memberi peluang pembeli mendapat dua barang sekali gus menerusi satu pembelian.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia