Berita Harian

Pameran Raja Kita

-

Oleh Rozdan Mazalan dan Hidayah Mohammad Penampilan Yang di-pertuan Agong, Al-sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h pada istiadat pertabalan baginda berdua, pada 30 Julai lalu, mencuri tumpuan rakyat.

Segak Al-sultan Abdullah dengan tengkolok diraja ‘Dendam Tak Sudah’ dan pending dipakai bersama tali bengkung dan samping dan disempurna­kan dengan muskat iaitu baju seakan-akan ‘jaket hitam bersulam benang emas’ disarung kemas.

Gaya Tunku Azizah dilengkapk­an perhiasan kalung dan gendik diperbuat daripada enam dan berlian dari London sebagai alat kebesaran wajib dipakai ketika majlis pertabalan, menambah keanggunan.

Semua aksesori disarung oleh kedua-dua baginda itu adalah penambah seri menjadi sebahagian daripada regalia alat Kebesaran Diraja dari Istana Negara.

Aksesori itu antara 198 koleksi peribadi Al-sultan Abdullah dan Tunku Azizah serta alat kebesaran diraja yang dipamerkan pada Pameran Raja Kita, bermula Selasa lalu.

Pameran di Muzium Diraja, Istana Negara Lama, di Kuala Lumpur diadakan sempena pertabalan Yang di-pertuan Agong ke-16 itu, baru-baru ini. Pengarah Muzium Diraja, Miti Fateema Sherzeella Mohd Yusoff, berkata pameran itu dibahagika­n kepada beberapa bahagian mengikut kegemaran pengunjung merangkumi aspek sejarah, artistik, hobi dan peribadi baginda berdua.

Pameran ini menghimpun koleksi 100 peratus barangan asli tanpa menyajikan barangan replika seperti pameran sebelumnya. Kami mendapat perkenan mempersemb­ahkan empat persalinan pakaian yang memilik sejarah tersendiri baginda”

Pengarah Muzium Diraja

 ??  ?? Cogan Agama (kiri) dan Cogan Alam. Miti Fateema Sherzeella Mohd Yusoff,
Cogan Agama (kiri) dan Cogan Alam. Miti Fateema Sherzeella Mohd Yusoff,
 ??  ?? Tengkolok sampin dan Pending Diraja.
Tengkolok sampin dan Pending Diraja.
 ??  ?? Kalung istimewa buat bayi TAFF.
Kalung istimewa buat bayi TAFF.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia