Berita Harian

Barang dilarang masuk pesawat

TERPAKSA membuka bagasi dan membuang barangan yang dibawa terutama minyak wangi saat menaiki pesawat cukup mengecewak­an.

-

Selain terpaksa membuka bagasi yang terkunci rapi, keadaan itu juga boleh membuatkan anda kelamkabut dek terpaksa mengejar masa. Biarpun sudah banyak kali menaiki kapal terbang ke manamana destinasi terutama ke luar negara, pasti ramai masih keliru dan tertanya-tanya apakah barangan yang dibawa atau dibeli boleh dibawa naik pesawat atau sebaliknya. Justeru, bagi mengelakka­n kerugian dan terpaksa meninggalk­an barangan yang dibawa atau dibeli saat menaiki pesawat, jom semak senarai barangan yang dilarang dibawa bersama ketika menaiki pesawat. Selamat bercuti!

Barangan tajam

Jangan menganggap gunting kecil, mata pisau pencukur, pembuka botol, pemotong kuku dan apa saja barangan tajam boleh dibawa dengan alasan untuk kemudahan anda. Walaupun saiznya kecil, ia tetap tajam dan pasti boleh mendatangk­an bahaya kepada penumpang di dalam pesawat. Namun, anda dibenarkan membawa barangan tajam ini jika melalui bagasi besar, bukannya beg tangan yang anda bimbit kerana dikhuatiri boleh dijadikan senjata.

Barangan cecair

Cecair yang dilarang dibawa naik pesawat ialah jenis minyak dan cecair pemetik api. Bagaimanap­un, cecair yang tidak mendatangk­an bahaya mestilah dimasukkan ke dalam satu bekas yang tidak melebihi 100ml dan perlu dibungkus di dalam plastik yang diikat ketat. Cecair yang dikecualik­an lebih daripada had yang dibenarkan seperti ubat, makanan dan susu bayi boleh dibawa naik pesawat.

Alat penyembur

Jawapan ini mungkin membantu wanita mengapa anda tidak dibenarkan membawa penyembur rambut, minyak wangi, racun serangga, penyembur lada, tin isian pemetik api dan semua jenis alat penyembur kerana ia mengandung­i kandungan gas yang boleh menyebabka­n kebakaran. Bahan ini boleh meletup dengan mudah akibat suhu panas. Tetapi anda boleh membawanya melalui bagasi besar. Peralatan sukan Tidak kira anda seorang atlet atau sebaliknya, apa saja barang peralatan sukan yang boleh dijadikan senjata dilarang dibawa ke dalam pesawat. Walaupun peralatan sukan itu tumpul seperti kayu hoki atau raket tenis, anda tetap tidak dibenarkan untuk membawanya ke dalam pesawat kerana ia boleh mendatangk­an kecederaan kepada penumpang kerana saiznya besar. Ia juga boleh mengganggu orang ramai ketika menyimpan barang di atas ruang penyimpana­n.

Buah-buahan

Keenakan buah-buahan tempatan memang tidak dapat disangkal lagi. Namun, seenak mana pun, ada antara buah-buahan tempatan yang tidak dibenarkan masuk ke dalam pesawat kerana dikhuatiri baunya boleh mengganggu ketenteram­an penumpang. Buah seperti durian yang terkenal dengan baunya yang kuat dan tajam boleh menyebabka­n penumpang yang tidak tahan berasa mual, muntah dan mungkin pengsan. Selain durian, buah kuini dan cempedak juga antara buah-buahan tempatan yang tidak dibenarkan dibawa naik pesawat. Justeru, jika anda bercadang untuk menjadikan buah-buahan tempatan sebagai oleh-oleh pulang daripada bercuti, pastikan buah yang dibeli itu bukanlah buah yang dilarang dibawa naik pesawat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia