Berita Harian

ARRC kembali gegarkan Zhuhai

- •

Oleh Sukhairi Thani Selepas tujuh tahun, Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) kembali menjengah China dengan kelas terbaru diperkenal­kan tahun ini, ASB1000CC.

Berlangsun­g di Litar Antarabang­sa Zhuhai - dengan kemuncak saingan berlangsun­g hari ini - cabaran dan kemeriahan Pusingan 5 tentunya dirasai apatah lagi beberapa pelumba tempatan negara itu turut beraksi antaranya Zhou Sheng Jun Jie.

Atas tiket wildcard, alumni siri Asia Dream Cup (ADC) itu beraksi dalam kelas AP250 bersama pasukan Wuyanghond­a Racing Team dan Jun Jie pernah meraih penamat podium berganda pada penyertaan­nya dalam perlumbaan pembanguna­n bakat itu di Litar Sentul, Indonesia 2016.

Mengimbau tahun 2012, legenda permotoran dua roda, Zamri Baba mencatat kemenangan pertama bagi musim berkenaan dalam kelas Supersport­s 600cc pada Perlumbaan 1. Zamri yang bersama pasukan Petronas Hong Leong Yamaha turut memberi saingan pada Perlumbaan 2 namun terpaksa akur dengan kepantasan Katsuaki Fujiwara dan menamatkan saingan di tempat kedua.

Ketika itu, Azlan Shah Kamaruzama­n juga beraksi dalam kelas sama dan menamatkan perlumbaan di tempat kelima

(Perlumbaan 1) dan keempat untuk Perlumbaan 2.

“Seingat saya,

Litar Zhuhai agak teknikal dan pilihan tayar adalah amat penting. Sambutan penyokong juga meriah dan mereka juga sentiasa memberi sokongan kepada pelumba, tentunya saya amat menantikan aksi di sana,“kata Azlan Shah yang bakal beraksi dalam kelas ASB1000CC buat kali pertamanya di litar berkenaan kali ini.

Selepas ini, musim kejuaraan hanya berbaki dua pusingan saja lagi dan kehadiran Zhuhai tentunya memberi kemeriahan dan semangat baharu buat pelumba dan pasukan bagi mengharung­i baki saingan.

 ??  ?? Litar Antarabang­sa Zhuhai
Litar Antarabang­sa Zhuhai
 ??  ?? Zamri Baba ketika memenangi Perlumbaan 1 dalam kelas Supersport­s 600cc di Zhuhai, 2012
Zamri Baba ketika memenangi Perlumbaan 1 dalam kelas Supersport­s 600cc di Zhuhai, 2012
 ??  ?? Aksi Zaqhwan Zaidi di litar Zhuhai 2019.
Aksi Zaqhwan Zaidi di litar Zhuhai 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia