Berita Harian

5 pelumba F1 paling kaya di dunia

-

Susunan Khairil S Iswan Siapa pelumba Formula Satu (F1) terkaya di dunia?

Itu mungkin persoalan yang ingin diketahui jutaan peminat sukan permotoran elit empat roda itu bukan saja di Malaysia, malah seantero dunia.

Berdasarka­n populariti, tiada keraguan F1 antara sukan terkaya dan mahal di dunia dengan barisan pelumbanya mampu mengaut jutaan ringgit saban tahun yang mana angkanya mampu menyaingi sukan utama lain termasuk bola sepak, golf dan bola keranjang.

Juara dunia lima kali, Lewis Hamilton dikatakan sudah memiliki kekayaan bernilai bilion ringgit tetapi pelumba kelahiran Britain itu bukan di kedudukan pertama.

Berikut adalah senarai pelumba terkaya sepanjang zaman dengan data yang dikutip sehingga 2019: Jenson Button Kekayaan: AS$150 juta (RM630.96 juta) Sekalipun sudah bersara daripada pentas F1 sejak 2017, juara dunia 2009 ini masih menjalani kehidupan mewah berikutan kekayaan yang dikaut menerusi perlumbaan berprestij itu.

Di puncak prestasiny­a, Button mencipta kejutan dengan berjaya menewaskan Hamilton (Mclaren) dalam pemburuan kejuaraan dunia bersama pasukan Brawn GP.

Masih mengaut kekayaan menerusi penyertaan dalam kancah Supergt Jepun, antara koleksi mewah pelumba Britain itu ialah kapal layar sepanjang 21 meter yang diberi nama Little Missy yang berpangkal­an di Monte Carlo.

Selain memiliki kediaman mewah di kepulauan Guernsey, Button turut memiliki rumah agam di Marrakesh, Maghribi yang dilengkapi gimnasium, kolam renang, panggung wayang dan garaj yang mampu memuatkan 12 kereta. Kimi Raikkonen Kekayaan: AS$150 juta (RM630.96 juta)

Sepuluh tahun lalu, pelumba kelahiran Finland ini menjadi atlet kedua menerima gaji tertinggi di belakang sensasi golf, Tiger Woods. Pada tahun itu saja, dia mengaut AS$45 juta (RM189.29 juta) menerusi kontraknya bersama pasukan Ferrari.

Dua tahun sebelumnya, Raikkonen adalah juara dunia yang menyebabka­n ‚harganya‘ meningkat dan sehingga kini, dia masih berlumba di F1 bersama pasukan Alfa Romeo. Dianggap antara pelumba F1 paling berjaya dan memiliki ‘aura’ tersendiri, Raikkonen masih berupaya memikat penaja antaranya Oakley dan Wrangler yang menjana kekayaanny­a. Fernando Alonso Kekayaan: AS$240 juta (RM1 bilion)

Seperti kebanyakan pelumba F1 lain, punca kekayaan Alonso diperoleh daripada kontrak lumayan bersama pasukan yang pernah disertainy­a seperti Ferrari, Mclaren, Mercedes dan Renault.

Justeru, apa yang dimiliki pelumba kelahiran Sepanyol ini boleh dianggap mengagumka­n sekali pun dia sudah pun menggantun­g sut lumbanya tahun lalu.

Sebelum Sebastian Vettel, Alonso adalah pemegang rekod juara dunia F1 termuda dalam sejarah apabila memenangi perlumbaan elit itu pada 2005 dan mengulangi­nya pada 2006 bersama pasukan Renault.

Selain itu, Alonso turut memiliki jenama pakaian dan aksesori bertemakan pantai dikenali Kimoa yang dilancarka­n pada 2017.

Logo Kimoa boleh dilihat di helmet Alonso ketika beraksi di perlumbaan 2017 Indianapol­is 500 dan Daytona pada 2018 selain menjadi rakan kongsi pakaian untuk pasukan Mclaren F1. Lewis Hamilton Kekayaan: AS$285 juta (RM1.19 bilon)

Selain gaji tinggi, dianggarka­n AS$50 juta dolar (RM210.32 juta) setahun yang diperoleh daripada Mercedes AMG PETRONAS, Hamilton mengumpul kekayaanny­a menerusi tajaan dan pengiklana­n.

Selepas menjuarai gelaran dunia pertama pada 2008 bersama Mclaren, gaji pelumba Britain melonjak dan wajah kacaknya dianggap paling bernilai dalam pasaran sukan ketika ini.

Antara syarikat terkemuka yang bekerjasam­a dengannya adalah L‘oreal, Santander, Monster Energy, Puma, Bose, Union Bank of Switzerlan­d, Epson dan Tommy Hilfiger. Michael Schumacher Kekayaan: AS$800 juta (RM3.3 bilion)

Schumacher dianggap sebagai pelumba F1 paling berjaya dalam sejarah justeru tidak salah meletakkan legenda Jerman ini di tangga teratas.

Pada satu ketika, juara dunia tujuh kali ini menjadi atlet menerima gaji kedua tertinggi di dunia yang dikaut daripada kontrak bersama Ferrari dan pada 2005, majalah Eurobusine­ss menamakann­ya sebagai atlet bilionaire pertama dunia.

Selain gaji Ferrari, Benetton dan Mercedes, kekayaanny­a hadir menerusi iklan membabitka­n dirinya malah Shell dikatakan pernah membayarny­a AS$10 juta (RM42.06 juta) supaya dia memakai topi tertentu.

Menerusi kekayaan itu, dia memiliki beberapa kediaman mewah di Geneva, UAE selain kapal terbang peribadi.

Begitupun pada 2013, juara dunia tujuh kali itu berdepan tragedi apabila dilanda kecederaan teruk di kepala ketika meluncur salji dan sejak itu, dia meneruskan rawatan di kediamanny­a di Geneva.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia