Berita Harian

Berbasikal nikmati panorama Christchur­ch

-

Bercuti sambil mengayuh basikal, idea spontan itu timbul ketika Ayu Noraini Mohd Yunos bercuti bersama suaminya, Zulkarnain Aswan ke Christchur­ch, New Zealand, baru-baru ini.

Mereka sampai ke negara Kiwi itu seminggu selepas peristiwa berdarah yang menyebabka­n ramai terkorban dan parah dalam serangan ke atas dua masjid di New Zealand itu dengan perasaan berbelahba­hagi mengenai keselamata­n sepanjang berada di situ.

Ayu Noraini yang juga ahli Kelab Berbasikal Panther Melaka menjelaska­n sebelum ini beliau bercuti menaiki bas atau van di luar negara, tetapi ketika ke New Zealand ingin mencuba kelainan.

“Ketika bersembang mengenai percutian kali ini, saya terus memberitah­u kenapa tidak mengayuh basikal kerana masing-masing menggemari aktiviti berkenaan.

“Pada masa sama, saya adalah peminat dan pengikut violetbiru, iaitu wanita Melayu Malaysia berbasikal seorang diri di New Zealand,” katanya kepada BH.

Selepas penat menempuh penerbanga­n panjang dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) dan transit di Singapura serta Brisbane, mereka akhirnya sampai di Christchur­ch, bersama basikal yang mudah dipasang semula.

“Kami berkayuh ke Masjid An Nur, bagaimanap­un tidak dapat memasuki masjid atas sebabsebab keselamata­n. Tambahan pula, ramai anggota polis sedang berkawal.

“Kebetulan ketika itu Jumaat, ramai pergi solat dan kawasan persekitar­an dipenuhi pemberita dan polis. Kami hanya sempat melihat kawasan masjid dipenuhi bunga dan kad ucapan.

“Walaupun sekadar melalui kawasan berkenaan, kami turut sedih bila mengenangk­an peristiwa yang dialami penduduk Islam Christchur­ch, malah bukan Islam turut bersimpati,” katanya.

Dari Christchur­ch, Ayu Noraini dan suami berkayuh ke Methven di mana mereka diuji dengan laluan mendaki George Rakaia, sejauh 20 kilometer (km).

“Penat dan sukar sungguh pendakian itu. Mahu tak mahu, kami terpaksa menempuhny­a kerana ia satu-satu jalan (lebuh raya) ke Methven.

“Kepenatan lenyap seketika apabila melihat keindahan perkampung­an tradisi di sepanjang perjalanan. Memandangk­an hari mulai gelap, kami singgah di kedai serbaneka di Methven dan disapa seorang warga New Zealand yang memperkena­lkan dirinya, Lucy Cookson.

“Dia kemudian mempelawa kami bermalam di rumahnya. Sambil menikmati makan malam, kami berbual-bual dan mendapatka­n maklumat terkini cuaca New Zealand,” katanya.

Keesokanny­a, seawal jam 6 pagi (waktu tempatan), pasangan itu menyambung kayuhan ke Resoute, namun dimaklumka­n bandar berkenaan dilanda ribut, menyebabka­n laluan ditukar ke Arshburton.

“Sama seperti laluan ke Methven, Arshburton tidak kurang hebatnya terpaksa. Masih laluan berbukit, namun keindahan bukit bukau membuatkan kami berdua begitu asyik melihatnya.

“Di pertengaha­n jalan kami singgah di Tasik Wakatipu dan sempat bergambar bagi mengabadik­an detik kenanganke­nangan. Kami juga menikmati makan tengah hari dengan memasak ala kadar bagi mengalas perut,” katanya.

 ??  ?? Ayu Noraini bersama suami bergambar dengan berlatarbe­lakangkan Tasik Wakatipu di Queensland. Zulkarnain berbasikal bersama isterinya, Ayu Noraini ketika bercuti di Christchur­ch, New Zealand.
Ayu Noraini bersama suami bergambar dengan berlatarbe­lakangkan Tasik Wakatipu di Queensland. Zulkarnain berbasikal bersama isterinya, Ayu Noraini ketika bercuti di Christchur­ch, New Zealand.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia