Berita Harian

Penduduk New Zealand ramah

-

Zulkarnain berkata, purata mereka mengayuh sekitar 80 km sehari, malah terpaksa mengurangk­an separuh daripadany­a jika laluan bermasalah dan cuaca tidak mengizinka­n.

“Kami bermalam di setiap pekan kecil yang disinggahi sama ada di hotel bajet mahupun berkhemah. Di Hororata, Queenstown kami memasang khemah dan turut disertai beberapa pengembara lain,” katanya.

Bak kata pepatah, jauh berjalan luas pandangan, ketika berada di Dunedin, Ayu Noraini dan Zulkarnain disapa satu keluarga dari England, Kareen Maccan.

“Mereka begitu teruja apabila melihat kami suami isteri berbasikal dan menurut Kareen amat jarang dilakukan kerana biasanya berkumpula­n.

“Kami juga menemui pelancong solo Jepun dan Israel, sambil menikmati juadah makan malam, sempat bertukar-tukar fikiran. Begitu juga pendudukny­a sangat peramah dan sentiasa membantu bila kami arah jalan ke lokasi yang ingin ditujui,” katanya.

Antara lokasi yang menjadi idaman kami untuk diterokai di negara itu adalah Fox Glacier, terletak di Taman Negara Westland Tai Poutini di Pantai Barat Pulau Selatan New Zealand, iaitu salah satu glasier di dunia yang boleh diakses dan menjadi tarikan utama pelancong.

Malangnya, hasrat pasangan itu untuk mengunjung­i Fox Glacier yang memiliki pemandanga­n yang indah tidak kesampaian kerana ketika sampai di sana jambatan yang menyambung ke lokasi berkenaan, runtuh.

“Mungkin ribut yang melanda Resoute merebak ke situ. Bagi menyedapka­n hati, kami hanya melayari internet untuk melihatnya,” katanya.

Sehari sebelum pulang ke tanah air, mereka sempat singgah dan solat Maghrib di Masjid An Nur, walaupun dikawal ketat pihak berkuasa.

“Tercapai juga impian untuk melihat sendiri kesan peristiwa berdarah di masjid berkenaan. Kami sempat berbual dengan Natasha dan ibunya yang berasal dari Jeddah, mereka berdua sudah bermustaut­in di New Zealand.

“Mereka memberikan kain selendang sebagai cenderahat­i dan saya pula menyerahka­n kain sepanduk Kelab Berbasikal Panther Melaka,” katanya.

Sehari berada di bandar Christchur­h, mereka bersiar-siar mengunjung­i taman bunga dan beberapa kawasan ikonik di situ.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia