Berita Harian

Cita rasa menu Mesir kuno

-

Oleh Halina Mohd Noor

Mesir yang terkenal dengan tamadunnya sejak ribuan tahun turut menyimpan khazanah hidangan kuno yang masih terpelihar­a hingga kini.

Antaranya makanan popular adalah sup Molokhia yang sudah berusia lebih 2,000 tahun menggunaka­n daun molokhia terkenal di Asia Barat.

Bukan saja enak, sup ini memberikan manfaat dari sudut kesihatan kerana kaya dengan asid folik, beta kerotin, zat besi, kalsium dan 32 vitamin lain.

Jika ingin menikmati sup istimewa ini dan hidangan Raja Mesir kuno lain, kunjungi Tut’s Egyptian Eatery, terletak di pusat membeli-belah One Utama, Petaling Jaya.

Sup molokhia boleh dimakan begitu saja atau bersama roti bakar sebagai pembuka selera. Pengurus Tut’s Egyptian Eatery, Mohamed Zein, berkata daun Molokhia dikatakan mampu meningkatk­an tenaga batin khususnya kepada golongan lelaki.

Katanya, Molokhia dikatakan daun yang memiliki kuasa hebat dipercayai baik untuk individu ada tekanan darah tinggi atau sukar tidur.

“Masakan Mesir dan Arab berbeza terutama bahan digunakan dan cara ia dimasak, orang Mesir banyak menggunaka­n kaedah membakar,” katanya.

Kebanyakan bahan dibawa dari Mesir terutama rempah ratus yang tidak dapat diperoleh di sini.

Hidangan utama lain memikat selera seperti nasi bakar dengan Ayam Herba panggang, stew biram bamya, iaitu daging kambing dengan bendi muda, hawaoshi iaitu sandwic kambing yang dicicah sos lemon dan pudina.

Khoshari seakan nasi ambeng, iaitu nasi dicampur dengan pasta dan kacang dal sebelum digaul dengan bawang goreng dan sos lain.

“Khoshari tercipta sejak beribu tahun lalu apabila ibu di Mesir mencampurk­an semua makanan tidak habis dimakan dalam satu mangkuk supaya tiada makanan dibuang,” katanya.

Pemanis mulut enak tradisiona­l Mesir, konafa diperbuat daripada pastri berwarna jingga yang bentuknya seakan bihun dilapisi nuttela atau krim vanila dan disirami sirup.

Manisan lain seperti puding, susu dan kacang dihidang bersama ais krim, air kelapa dicampur susu, air bunga raya dan lemonade dengan pudina antara yang minuman menyegarka­n disediakan di sini.

Kopi Arab dihidangka­n dengan peralatan rebusan kopi yang digunakan oleh wanita Mesir ketika berkumpul sambil berbual.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Mohamed Zein bersama konafa, sajian pemanis mulut.
Mohamed Zein bersama konafa, sajian pemanis mulut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia