Berita Harian

Aiskrim lazat campuran susu segar, yogurt

-

Berada dalam cuaca panas lembap dan ada kalanya tidak menentu di negara ini, aiskrim menjadi sajian lazat kerana menu itu membantu menyejukka­n badan.

Memberi pilihan berbeza kafe baharu, Helado Dessert Cafe yang terletak di Plaza Arkadia, Desa Parkcity, Kuala Lumpur menawarkan sajian aiskrim premium diterbangk­an secara eksklusif dari New Zealand (NZ).

Pengarah kafe, Tina Lian berkata, aiskrim diimport memberi cita rasa unik, enak lagi menyegarka­n kerana kandungan susu segar digunakan dalam resipi sajian.

Beliau berkata, selepas melancong ke NZ beberapa tahun lalu dan mencuba aiskrim keluaran Much Moore yang sudah bertapak lebih 30 tahun dalam industri, dia dapat rasakan keenakanny­a tiada tolok bandingnya.

“Aiskrim dari NZ lebih sedap dan berlemak dihasilkan dengan campuran susu segar. Jadi, rugi jika rakyat Malaysia lain tidak sempat merasainya.

“Saya mengambil keputusan membawa masuk bagi memberi peluang semua merasai keenakanny­a aiskrim berkualiti tinggi itu,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran Halado Dessert Cafe, baru-baru ini.

Beliau berkata, walaupun banyak jenama aiskrim antarabang­sa lebih awal memasuki pasaran, namun bukan penghalang untuk pencinta aiskrim mencuba sesuatu yang lebih enak di Halado Dessert Cafe.

Terdapat lebih 26 perasa yang unik antaranya Choc Mint Cookies, Chocolate Cookies & Fudge, Goody Gum Drops, Vanilla Bean, Lemon Lime, Limonata Cheesecake, Moccachino Fudge, Salted Caramelo Seduction dan Strawberry Ripple. Setiap perasa diperkaya dengan krim dan yogurt.

Tina berkata, menariknya menu istimewa ditawarkan ialah croissant bersama aiskrim yang menjadi kegemaran ramai kerana pastri ringan itu boleh dimakan dengan apa saja perasa aiskrim.

“Aiskrim ini cepat cair jadi pelanggan boleh menikmatin­ya cepat bersama beberapa jenis pastri yang disediakan sambil bersantai bersama insan tersayang di ruang atas kafe,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia