Berita Harian

Kawasan pencarian Nora dikecilkan

Usaha pencarian masuk hari ketujuh gagal peroleh sebarang petunjuk kukuh

- Oleh Siti Azila Alias dan Azzman Jamal bhnews@bh.com.my

Seremban: Semalam genap seminggu remaja Ireland, Nora Anne Quoirin, hilang dari resort penginapan­nya di Pantai, di sini dan pencariann­ya masih menemui jalan buntu.

Bermula semalam, kawasan pencarian Nora Anne, 15, dikecilkan daripada enam kilometer (km) kepada empat kilometer ketika pihak berkuasa risau keadaannya selepas seminggu dan berapa lama dia boleh bertahan.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop, berkata ini kerana mangsa dipercayai berada dalam lingkungan kawasan itu.

Bagaimanap­un, katanya, kekuatan anggota pasukan mencari can menyelamat (SAR) ditambah kepada 317 orang semalam, berbanding 261 orang kelmarin termasuk perkhidmat­an Komando VAT 69.

“Skala pencarian dikecilkan kepada empat zon iaitu empat km radius kerana kita percaya mangsa tidak akan pergi jauh dan petugas SAR akan membuat penelitian lebih terperinci di kawasan pencarian.

“Lokasi pencarian tertumpu kepada kawasan curam, celah batu dan semak serta kawasan penginapan keluarga. Usaha pencarian yang memasuki hari ketujuh hari ini, masih gagal memperoleh sebarang petunjuk kukuh,” katanya pada sidang media di Balai Polis Pantai, di sini, semalam.

Mohamad berkata, operasi SAR tetap diteruskan hari ini walaupun umat Islam menyambut Aidiladha.

“Anggota yang beragama Islam akan diberi pelepasan untuk menunaikan Solat Sunat Aidiladha.

“Kami juga bimbang dengan keadaan Nora Anne kerana kini sudah masuk hari ketujuh. Kita tak tahu berapa lama dia boleh bertahan.

“Kita tak tetapkan lagi tarikh untuk menghentik­an operasi ini. Ia bergantung kepada keadaan dan petunjuk yang diperoleh,” katanya.

Semalam, ibu remaja berkenaan, Maebh Jaseprine Quoirin, kali pertama bercakap dengan pihak berkuasa yang terbabit dengan SAR untuk menyampaik­an penghargaa­n dan terima kasih keluarga.

Jaseprine Quoirin, tampil bersama suaminya, Sebastian Marie Philipe.

“Kami ingin mengucapka­n terima kasih kepada semua, kami sedar anda melakukan pencarian siang dan malam untuk mengesan Nora Anne.

“Kami tahu anda berusaha gigih dan sanggup mengorbank­an masa terutama perayaan (Aidiladha) untuk bersama kami serta mendoakan kami.

“Kami sangat menghargai usaha dan pengorbana­n anda semua sama ada anggota yang berada di sini atau tidak (yang sedang melakukan operasi),” katanya kepada pihak berkuasa dalam satu pertemuan yang dirakamkan menerusi video berdurasi seminit, di sini, semalam.

Ucapan pada pertemuan tertutup di pekarangan resort itu dirakam dan dikongsika­n oleh polis kepada petugas media di lokasi.

Jaseprine Quoirin turut meluahkan rasa kagum dengan usaha

Kami juga bimbang dengan keadaan Nora Anne kerana kini sudah masuk hari ketujuh. Kita tak tahu berapa lama dia boleh bertahan.

Mohamad Mat Yusop, Ketua Polis Negeri Sembilan

dan kepakaran yang ditonjolka­n pasukan SAR dalam usaha mengesan anak sulungnya itu.

“Kami berharap pasukan SAR dapat menemui Nora,” katanya.

Sementara itu, Tok Batin Kampung Kolam Air Pantai, Ali Ngogor, berkata penduduk beberapa kampung Orang Asli di sini merancang membantu mencari remaja itu menggunaka­n kaedah tradisiona­l tersendiri mengikut kepercayaa­n masing-masing.

Bagaimanap­un, beliau enggan mengulas kaedah akan digunakan kerana bimbang melanggar pantang-larang kepercayaa­n mereka.

“Kalau boleh kita cuba cara orang kita. Kita hanya boleh ikhtiar kerana berjaya atau tidak, itu adalah ketentuan Tuhan.

“(Kaedah tradisiona­l) ini rahsia. Kita belum buat lagi sebelum ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui semalam.

Ali berkata penduduk Orang Asli turut aktif menyertai operasi SAR sejak beberapa hari lalu, bagaimanap­un tidak menemui sebarang hasil.

 ?? (Foto Adzlan Sidek/bh) ?? Anggota Unit Anjing Pengesan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia melakukan misi pencarian di lokasi Nora Anne dilaporkan hilang.
(Foto Adzlan Sidek/bh) Anggota Unit Anjing Pengesan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia melakukan misi pencarian di lokasi Nora Anne dilaporkan hilang.
 ?? (Foto ihsan PDRM) ?? Ahli keluarga Nora Anne ketika perjumpaan tertutup di Bilik Gerakan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR).
(Foto ihsan PDRM) Ahli keluarga Nora Anne ketika perjumpaan tertutup di Bilik Gerakan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR).
 ?? (Foto Iqmal Haqim Rosman/bh) ?? Mohamad bersama Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Che Zakaria Othman pada sidang media di Balai Polis Pantai, semalam.
(Foto Iqmal Haqim Rosman/bh) Mohamad bersama Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Che Zakaria Othman pada sidang media di Balai Polis Pantai, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia