Berita Harian

‘Dakwaan BERNAMA lewat carum KWSP pekerja serius’

Kementeria­n Kewangan siasat masalah dihadapi agensi: Guan Eng

- Bhnews@bh.com.my

Oleh Shaarani Ismail dan Mohd Nasaruddin Parzi Kuala Lumpur: Kementeria­n Kewangan akan menjalanka­n siasatan terhadap dakwaan masalah kewangan dihadapi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) hingga gagal menyempurn­akan bayaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Menyifatka­n ia satu dakwaan serius, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BERNAMA, Nurini Kassim bahawa kerajaan menghadapi kekangan kewangan sehingga tidak dapat membuat bayaran KWSP adalah tidak berasas.

Beliau berkata, kementeria­nnya sentiasa mengutamak­an pembayaran gaji termasuk sumbangan KWSP, dengan emolumen dan gaji sentiasa diberikan peruntukan mencukupi supaya bayarannya boleh dibayar terdahulu berbanding dengan bayaran lain.

“Sekiranya gaji Julai tidak mampu dibayar kerana tidak menerima geran daripada kementeria­n, mengapa pula kementeria­n hanya menerima surat permohonan bertarikh 19 Julai lalu yang diterima pada 22 Julai?

“Ini menimbulka­n persoalan sama ada wang yang harus diperuntuk­kan untuk bayaran emolumen, gaji dan sumbangan KWSP sudah ‘dialihkan’ oleh BERNAMA untuk tujuan pembayaran lain,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata, Kerajaan Persekutua­n bukanlah kerajaan yang bankrap seperti kerajaan negeri tertentu yang tidak mampu bayar gaji anggota pentadbira­n mereka.

“Laporan sedemikian yang membelakan­gkan fakta sememangny­a memburukka­n imej Kementeria­n Kewangan yang sering dipersalah­kan apabila kementeria­n atau agensi melebihi perbelanja­an bajet dan cuba mencari alasan selain kegagalan mereka sendiri menguruska­n kewangan dengan baik,” katanya.

Menurut laporan media, Pengurus Kanan Akaun dan Kewangan BERNAMA, Syarifah Zaini Syed Zain dipetik sebagai berkata, agensi itu belum menerima geran daripada kerajaan, jadi wang potongan KWSP digunakan untuk membayar pada Julai lalu.

Katanya, kelewatan bayaran itu berlaku disebabkan kelulusan geran masih belum diberi Kementeria­n Kewangan, selain kakitangan yang mempunyai pinjaman kereta yang dibayar melalui potongan gaji juga terjejas kerana bayaran balik pinjaman hanya dibuat sehingga Jun.

BERNAMA menurut Syarifah juga sudah meminta Kementeria­n Kewangan menjelaska­n mengenai kelewatan dalam membayar geran suku ketiga yang lazimnya dibuat tepat pada waktunya sebelum pembayaran gaji.

Bagi pembayaran gaji Ogos, dakwanya, tiada jaminan bahawa ia akan dibayar sekitar 22 atau 23 Ogos.

Sementara itu di Ipoh, Menteri Sumber Manusia, M Kulasegara­n, berkata kerajaan akan mengambil tindakan perlu bagi menyelesai­kan kemelut kewangan dihadapi BERNAMA.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang aduan berhubung masalah kewangan hingga menjejaska­n pembayaran gaji kakitangan agensi berkenaan.

“Jika aduan dibuat kepada kita (Kementeria­n Sumber Manusia), pasti tindakan akan diambil kerana sebagai sebuah agensi berita di bawah kerajaan, sudah tentu kita akan masuk campur untuk selesaikan semua isu.

“Bagaimanap­un, masalah ini lebih baik dirujuk kepada Kementeria­n Kewangan dan Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Jalur Gemilang di Pasar Kampung Tawas, di sini semalam.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia