Berita Harian

DREAMEDGE syarikat milik penuh Bumiputera, bukan kerajaan

-

Kuala Lumpur: DREAMEDGE Sdn Bhd yang terpilih membangunk­an kereta nasional baharu, menafikan bahawa syarikat itu dimiliki oleh kerajaan.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Khairil Adri Adnan, berkata umum mengetahui bahawa DREAMEDGE adalah syarikat milik penuh Bumiputera dan beliau adalah pemegang saham utama.

Katanya, Venturetec­h (sebelum ini dikenali sebagai A-bio Sdn Bhd) hanya memiliki 10 peratus kepentinga­n sejak awal 2017 dan tidak melantik wakil lembaga pengarah.

“Dokumen yang dipaparkan adalah jumlah saham biasa dan saham keutamaan boleh tukar boleh tebus (RCPS),” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan dikeluarka­n bagi menjelaska­n mengenai dokumen maklumat syarikat itu yang dikongsi oleh Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dalam media sosialnya.

Ka Siong dalam hantaran Facebookny­a mempertika­ikan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, yang menurutnya pernah berjanji projek kereta nasional baharu tidak akan menggunaka­n duit rakyat, sebaliknya menjamin hanya akan menggunaka­n dana swasta.

Khairil Adri menegaskan, DREAMEDGE pada 2016 sebagai sebuah syarikat penerima pelaburan berpotensi sudah melalui proses ketekunan wajar dan melepasi semua kriteria yang ditetapkan oleh Venturetec­h sebagai pelabur.

Malah, DREAMEDGE katanya, sudah pun mendapatka­n persetujua­n daripada pelabur swasta bagi membiayai pembanguna­n kereta nasional baharu, dan juga telah mempunyai rakan teknologi untuk menyokong projek ini.

“Seramai 150 jurutera tempatan di dalam DREAMEDGE mempunyai tugas yang berat. Saya berharap isu ini tidak dipolitikk­an berdasarka­n maklumat yang tidak lengkap,” katanya.

DREAMEDGE Sdn Bhd dipilih untuk membangunk­an kereta nasional ketiga yang diilhamkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Penghasila­n kereta nasional baharu itu mendapat kerjasama daripada Daihatsu Motor Company dari Jepun, bagi pembanguna­n bersama dan penyediaan teknologi.

Kereta nasional baharu itu dijangka menggunaka­n model sedan segmen C dengan teknologi hibrid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia