Berita Harian

Kit Siang bidas pihak cetus ketakutan

-

Iskandar Puteri: Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang membidas pihak yang terus menakut-nakutkan masyarakat bukan Melayu berikutan keputusan kerajaan memperkena­lkan seni khat dan tulisan Jawi bagi mata pelajaran bahasa Melayu Tahun Empat.

Kit Siang berkata, ketakutan segelintir masyarakat bukan Melayu itu bukan sahaja tidak berasas, malah akan membantutk­an usaha kerajaan mengintegr­asikan rakyat berbilang kaum.

“Masyarakat kita sebenarnya sudah terperangk­ap dengan tindakan tidak bertanggun­gjawab sesetengah pihak yang menakut-nakutkan orang bukan Melayu terhadap seni khat dan tulisan Jawi.

“Saya dituduh menjadi ‘jembalang’ kerana bersetuju dengan pengenalan seni khat dan tulisan Jawi di sekolah sedangkan ketakutan ini sangat tidak berasas sama sekali.

“Dulu orang Melayu menuduh saya mahu menghapusk­an hak orang Bumiputera, kini orang Cina pula menuduh saya mahu menghapusk­an budaya masyarakat Cina,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas tinjauan mesra bertemu penduduk di Pekan Kangkar, dekat sini, semalam.

Kelmarin, Kit Siang dilaporkan menerima layanan agak kasar pada acara perayaan Hantu Lapar (Hungry Ghost Festival) di sini, apabila menerima gangguan dan ejekan orang ramai ketika sedang berucap pada acara itu.

Penganjur acara berkenaan dipetik berkata, masyarakat bukan Melayu tidak berpuas hati berikutan isu cadangan pengenalan tulisan Jawi dalam buku teks Bahasa Malaysia untuk murid Tahun Empat di semua sekolah termasuk sekolah jenis kebangsaan.

Minggu lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, keputusan kerajaan untuk memperkena­lkan seni khat dan tulisan Jawi bagi mata pelajaran bahasa Melayu Tahun Empat adalah kekal.

Sementara itu, Kit Siang berkata, beliau berpandang­an seni khat dan tulisan Jawi mampu mengintegr­asikan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

“Kenapa perlu takut seni khat dan tulisan Jawi kerana ia hanyalah satu aktiviti dan tidak dimasukkan dalam peperiksaa­n apatah lagi mahu menghapusk­an mana-mana budaya bangsa masyarakat kita.

“Masyarakat kita sudah tidak lagi boleh hidup secara berasingan dan perlu berintegra­si supaya perpaduan kaum akan lebih kukuh,” katanya.

 ?? [Foto Hairul Anuar Rahim/bh] ?? Kit Siang meninjau projek baik pulih parit Kangkar, Skudai, semalam. ketika mengadakan tinjauan mesra bertemu penduduk di Pekan
[Foto Hairul Anuar Rahim/bh] Kit Siang meninjau projek baik pulih parit Kangkar, Skudai, semalam. ketika mengadakan tinjauan mesra bertemu penduduk di Pekan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia