Berita Harian

2 ahli ‘Geng Tebuk’ maut ditembak

Dua lagi suspek disyaki warga asing lolos di belukar berhampira­n

- Fairuzaida­n@nstp.com.my

Oleh Fairuz Zaidan Melaka: Dua ahli ‘Geng Tebuk’ dipercayai warga asing maut ketika berbalas tembak dengan polis di persimpang­an Jalan Tasik Utama, berhampira­n Pusat Dagangan Antarabang­sa Melaka (MITC), Ayer Keroh, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, kedua-dua suspek berusia awal 30-an itu maut di lokasi, manakala dua lagi suspek, turut disyaki warga asing, meloloskan diri di kawasan belukar berhampira­n.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris, berkata semua suspek dipercayai aktif melakukan rompakan sejak tahun lalu dengan menyasarka­n peti besi premis perniagaan atau kilang di negeri ini.

Katanya, sepasukan polis dari JSJ Bukit Aman yang melakukan rondaan di kawasan persimpang­an Jalan Tasik Utama, terserempa­k dengan sebuah kereta Nissan Sentra dalam keadaan mencurigak­an, sebelum semakan lanjut mendapati kenderaan itu menggunaka­n nombor pendaftara­n palsu.

“Sebaik polis cuba menghampir­i kenderaan itu, tiba-tiba suspek memecut sejauh kira-kira dua kilometer sebelum kenderaan itu terbabas di Jalan TU 61.

“Ketika anggota hendak memperkena­lkan diri sebagai polis, kesemua empat suspek meluru keluar dari kereta, dengan seorang suspek di tempat duduk bahagian depan melepaskan beberapa das tembakan.

“Seorang lagi suspek di tempat duduk belakang melibaskan parang ke arah polis,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, di sini, semalam.

Beliau berkata, dua lagi suspek melarikan diri ke kawasan belukar berhampira­n.

“Susulan kejadian berbalas tembakan itu, dua suspek ditemui mati di tempat kejadian dengan kecederaan pada kepala dan dada. Semakan ke atas dua suspek yang mati itu tidak menemui sebarang dokumen pengenalan, selain dipercayai mereka adalah warga asing.

“Polis turut menggunaka­n unit anjing pengesan (K9) untuk menjejaki dua lagi suspek yang masih bebas,” katanya.

 ?? [Foto Muhammad Zuhairi Zuber /BH] ?? Mohd Nor Yhazid (dua dari kiri) menunjukka­n pistol dan senjata yang dirampas daripada suspek pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, semalam.
[Foto Muhammad Zuhairi Zuber /BH] Mohd Nor Yhazid (dua dari kiri) menunjukka­n pistol dan senjata yang dirampas daripada suspek pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia