Berita Harian

Kanak-kanak hidap barah otak teruja jadi ‘askar’

-

Ipoh: Impian seorang kanak-kanak yang menderita penyakit barah otak mengikuti pengalaman menjadi tentera tercapai di Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja (RRD), Kem Syed Putra, di sini, semalam.

Cita-cita Muhammad Khuzainy Raykhal Mohamad Khuzaine Rusly, 7, yang menghidap penyakit barah otak sejak berusia dua tahun itu dilaksanak­an menerusi program `Make A Wish Malaysia’.

Dia bersama ahli keluargany­a dibawa menjalani la- tihan rempuh halangan, menaiki trak tentera dan memberi arahan kepada pasukan kawad tentera selain berpeluang melihat persenjata­an milik Tentera Darat Malaysia (TDM) di kem berkenaan.

Bapa Muhammad Khuzainy Raykhal, Mohamad Khuzaine Rusly Abd Ghani, 37, berkata anak kedua daripada tiga beradik itu sangat berminat untuk menjadi anggota tentera.

Katanya, selepas berjaya menjalani rawatan kimoterapi baru-baru ini, anaknya mampu menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain meskipun tidak terlalu aktif.

“Kalau ikut laporan pakar, dia tidak perlu menjalani rawatan lanjut dan sekarang saya berikhtiar perubatan cara tradisiona­l pula,” katanya ketika ditemui pada program itu, di sini.

Mohamad Khuzaine Rusly yang juga seorang kakitangan awam berkata, dia bersama isteri dan dua lagi anaknya teruja melihat keseronoka­n terpamer di wajah Muhammad Khuzainy Raykhal.

“Terima kasih kepada ATM (Angkatan Tentera Malaysia) kerana dapat menunaikan impian anak saya untuk mengikuti pengalaman menjadi askar,” katanya.

Sementara itu, Panglima 2 Briged, Brigedier Jeneral Malek Razak Sulaiman, berkata pihaknya berbesar hati untuk menyambut kehadiran kanak-kanak itu selain memberi peluang kepadanya untuk melalui kehidupan sebagai anggota tentera.

Katanya, susulan program itu, pihaknya akan sentiasa mengikuti perkembang­an kesihatan Muhammad Khuzaimy Raykhal sebagai satu aktiviti kebajikan pasukan Markas 2 Briged.

“Hari ini kita cuba memenuhi hasrat adik Raykhal dengan mengambil semangat Hari Kebangsaan yang akan disambut 31 Ogos ini,” katanya.

 ?? [Foto Farah Shuhaidah Othman/bh] ?? Muhammad Khuzainy Raykhal menaiki trak tentera sambil ditemani Pegawai Memerintah 2 RRD, Leftenan Kolonel Mohd Khairi Amri sempena program Make A Wish Malaysia di Kem Syed Putra, Ipoh, semalam.
[Foto Farah Shuhaidah Othman/bh] Muhammad Khuzainy Raykhal menaiki trak tentera sambil ditemani Pegawai Memerintah 2 RRD, Leftenan Kolonel Mohd Khairi Amri sempena program Make A Wish Malaysia di Kem Syed Putra, Ipoh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia