Berita Harian

Jerebu tahap bahaya di Miri

Bacaan IPU cecah paras 392 pada jam 11 pagi, 12 tengah hari

- Bhnews@bh.com.my

Oleh Ilah Hafiz Aziz Kuala Lumpur: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di bandar raya Miri merekodkan bacaan IPU berbahaya, iaitu 390, semalam.

Mengikut data yang dikeluarka­n Jabatan Alam Sekitar (JAS), menunjukka­n trend peningkata­n bacaan IPU di Institut Latihan Perindustr­ian (ILP) Miri sejak 11 malam kelmarin iaitu IPU tidak sihat 136.

Bacaan itu meningkat daripada jam berikutnya sehingga mencecah IPU berbahaya tertinggi, 392 pada jam 11 pagi dan 12 tengah hari semalam.

Bacaan IPU di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Baram 2 di Miri turut dikesan tidak sihat iaitu 137 pada jam 5 petang dan keadaan berkenaan bermula sejak jam 6 pagi semalam.

Sementara itu, di Selangor, data JAS di Klang turut merekodkan IPU tidak sihat iaitu 116 pada jam 5 petang semalam dan keadaan itu bermula sejak jam 9 malam kelmarin.

Malaysia diselubung­i dengan cuaca berjerebu sejak beberapa hari lalu, difahamkan berpunca akibat pembakaran hutan di Indonesia yang bermula dari aktiviti pembersiha­n tanah oleh petani.

 ??  ??
 ?? (Foto Ihsan Bomba) ?? Kebakaran tanah gambut antara punca bacaan IPU berbahaya di Miri.
(Foto Ihsan Bomba) Kebakaran tanah gambut antara punca bacaan IPU berbahaya di Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia