Berita Harian

Keputusan kekal atau pindah akhir bulan

-

Kuala Lumpur: Persoalan sama ada mengekalka­n atau memindahka­n kilang bateri yang mencetuska­n bantahan penduduk di Jenjarom, Banting, akan diputuskan akhir bulan ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi Dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, Hee Loy Sian, berkata kerajaan negeri sedang mengumpul maklumat sebelum membuat keputusan.

Jaminan dibuat selepas penduduk tiga kampung berhampira­n mengadakan perhimpuna­n aman, semalam, bagi membantah operasi kilang berkenaan yang didakwa menjadi punca pencemaran dan mengancam kesihatan penduduk.

Penduduk mempertika­ikan keputusan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) memberikan lesen operasi sementara kepada kilang itu yang akan tamat pada 19 Ogos ini.

MDKL dalam kenyataan berasingan malam tadi menegaskan mereka mengambil kira surat sokongan daripada jabatan teknikal termasuk Jabatan Alam Sekitar (JAS) Putrajaya sebelum mengeluark­an lesen sementara.

Loy Sian berkata, kerajaan negeri menghormat­i hak bersuara rakyat dan sedia berbincang dengan semua pihak dalam hal pembanguna­n, terutama membabitka­n kepentinga­n orang ramai.

“Kami mengambil berat isu pencemaran alam sekitar dan tidak akan berkomprom­i terhadap mana-mana pihak yang gagal mematuhi piawaian dan peraturan sedia ada,” katanya.

Namun, pada masa sama, katanya, kerajaan negeri perlu bertindak adil kepada semua pihak berkepenti­ngan, termasuk pelabur yang menjalanka­n perniagaan di negeri ini.

“Mereka (pelabur) mesti mematuhi serta melakukan permohonan di bawah segala syarat dan peraturan yang ditetapkan.

“Dalam isu ini, kerajaan negeri sudah menyiasat dan mengkaji kemungkina­n pencemaran terhadap air, udara serta tanah disebabkan aktiviti kilang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia