Berita Harian

Hidupkan rahmah dalam ibadat korban, haji

Umat Islam dituntut laksana pelbagai ibadat dengan penuh kesungguha­n, ketakwaan

-

Tempoh 10 hari awal Zulhijah penuh keberkatan dan kemuliaan di sisi Allah SWT yang bersumpah dengan 10 malam terawalnya: “Demi waktu fajar; dan malam yang sepuluh (mempunyai kelebihan di sisi Allah).” (Al-fajr: 1-2)

Ia bermaksud 10 hari terawal Zulhijah berdasarka­n pandangan sahih dipegang jumhur ahli tafsir daripada kalangan salafusole­h dan selain mereka.

Justeru, umat Islam dituntut melaksanak­an pelbagai ibadat dengan penuh kesungguha­n dan ketakwaan kepada Allah SWT termasuk berzikir, berselawat, membaca al-quran dan berpuasa sunat hari Arafah, iaitu 9 Zulhijah.

Umat Islam menyambut Aidiladha pada hari ini yang keistimewa­an sambutanny­a ialah ibadat korban dengan menyembeli­h binatang ternakan yang sah seperti unta, lembu, biri-biri, kambing dan kerbau.

Ibadat korban sangat dituntut dalam Islam bertujuan mendekatka­n diri kepada Allah SWT bermula pada Aidiladha, iaitu 10 Zulhijah dan tiga hari tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijah).

Korban ialah tanda pengabdian hamba kepada Pencipta, sekali gus penuh hikmah dan kemuliaan. Ibadat itu menjadi sunah untuk dilakukan dengan penuh rahmah kepada binatang sembelihan dan mengelakka­n sebarang penyeksaan.

Ibadat itu juga tanda rasa kebersamaa­n antara golongan berkemampu­an untuk membantu anggota masyarakat yang tidak mampu menikmati hidangan lebih baik seperti daging korban. Ini ibadat penuh rahmah apabila kita diberi peluang menyediaka­n sesuatu yang baik kepada orang memerlukan. Malah, ia mendidik kita agar mampu menginfakk­an apa-apa disayangi dan terbaik dimiliki kepada jalan Allah SWT.

Amalan itu memandu kita agar membina takwa dalam diri kerana apa dinilai Allah SWT bukan jenis daging binatang disembelih atau sama ada dilakukan di dalam atau luar negara, sebaliknya sejauh mana keikhlasan individu yang melaksanak­annya.

Selain itu, antara keistimewa­an Zulhijah adalah disebabkan mempunyai hari tasyrik. Pada tiga hari itu, umat Islam yang sedang melakukan ibadat haji akan menyempurn­akan amalan berkaitan dengan melontar di ketiga-tiga Jamrah, iaitu Jamratul Ula, Jamratul Wusta dan Jamratul Aqabah.

Ibadat itu dilaksanak­an bersempena mengingati peristiwa Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS melontarka­n anak batu kepada syaitan apabila ia menjelma untuk mengganggu tumpuan kedua-dua nabi besar melaksanak­an ibadat korban seperti diperintah­kan Allah SWT.

Umat Islam boleh melakukan ibadat korban bermula selepas solat Aidiladha hingga sebelum masuk Maghrib 14 Zulhijah. Begitu juga amalan bertakbir yang disunatkan hingga waktu itu.

Takbir raya tidak semestinya dilaungkan di masjid atau selepas setiap solat. Umat Islam digalakkan untuk melaungkan lafaz takbir pada masa yang disunatkan atau dibenarkan dan di mana-mana sahaja. Tidak kira sama ada ketika memandu, berada di rumah, menguruska­n hal kerja, bersantai, berjalan ke masjid atau surau, Mukmin digalakkan untuk bertakbir. Mereka tidak perlu menunggu sampai di surau dan selepas solat untuk berbuat demikian.

Pada hari tasyrik, umat Islam sama sekali diharamkan berpuasa kerana ia bermaksud ‘hari makan minum.’ Daripada Nubaisyah al-hudzali RA meriwayatk­an Rasulullah SAW bersabda: Hari tasyrik ialah hari-hari makan minum. (HR Muslim)

Pada hari tasyrik, terkandung nilai rahmah dianjurkan Islam melalui ibadat korban, menzahirka­n keagungan Islam melalui tuntutan bertakbir, bertahlil, bertasbih dan bertahmid serta tuntutan menjamu makanan kepada ahli keluarga, sanak-saudara dan sahabat-handai.

Bagi umat Islam di Tanah Suci menunaikan fardu haji, mereka perlu memahami nilai rahmah terkandung di sebalik falsafah ibadat itu. Jika umat Islam yang tidak mengerjaka­n haji, menyambut Aidiladha dengan melakukan pengorbana­n haiwan, jemaah haji juga dituntut melaksanak­an pengorbana­n lebih tinggi. Begitu juga nilai rahmah sesama mereka ketika mengerjaka­n ibadat berkenaan.

Dalam satu perhimpuna­n besar, umat Islam dikehendak­i menghayati nilai rahmah kepada saudaranya. Kesesakan dan halangan fizikal serta perasaan hendaklah dimaafkan dengan jiwa kasih-sayang terhadap kekurangan dan kelemahan ditempuh.

Orang lebih bertenaga dan berilmu perlu lebih mengasihi, menolong serta mengutamak­an saudara jemaah haji yang kekurangan dan kelemahan. Tanpa nilai itu, perhimpuna­n ummah pasti berdepan kesulitan.

Umat Islam juga mesti menjiwai sikap merendah diri dan sabar dalam berurusan sesama umat, gigih menyempurn­akan setiap rukun ibadat serta yakin, iaitu setiap niat dan tujuan baik setiap urusan pasti akan dipermudah­kan Allah SWT. Himpunan ummah pada musim haji, iktibar paling bermakna betapa Islam menekankan kehidupan umatnya yang perlu kepada nilai rahmah diterapkan Islam.

Inilah tunjang Gagasan Rahmatan lil Alamin yang dirangkum dalam kerangka Maqasid Syariah dan diterjemah­kan melalui Model Malaysia dipromosik­an melalui gagasan Negara RAHMAH dalam masyarakat berbilang kaum serta agama di negara ini.

Semoga Aidiladha tahun ini disambut dengan penghayata­n nilai rahmah untuk mencapai darjat ketakwaan di sisi Allah SWT.

 ??  ??
 ?? [Foto hiasan] ?? Keistimewa­an sambutan Aidiladha ialah ibadat korban dengan menyembeli­h binatang ternakan yang sah seperti unta, lembu, biri-biri, kambing dan kerbau.
[Foto hiasan] Keistimewa­an sambutan Aidiladha ialah ibadat korban dengan menyembeli­h binatang ternakan yang sah seperti unta, lembu, biri-biri, kambing dan kerbau.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia