Berita Harian

18 terkorban di China

Hampir 1 juta penduduk dipindah, 2.72 juta isi rumah terputus bekalan elektrik

-

Beijing: Sekurang-kurangnya 18 terbunuh manakala 14 lagi masih hilang di bahagian timur China susulan satu kejadian tanah runtuh diakibatka­n oleh Taufan Lekima.

Ia turut mengakibat­kan pengangkut­an awam tergendala dan lebih sejuta penduduk dipindahka­n, kata penyiar rasmi CCTV.

Taufan besar itu dilaporkan mendarat awal pagi semalam di timur wilayah Zhejiang membawa angin dengan kelajuan maksimum 187 kilometer sejam.

Bagaimanap­un, ribut yang diramal menjadi taufan dahsyat itu difahamkan semakin lemah, menurut agensi berita Xinhua.

Ribuan penerbanga­n dibatalkan di timur China, kebanyakan penerbanga­n yang keluar dan masuk di dua lapangan terbang utama Shanghai, semalam, menurut pengawal selia penerbanga­n negara itu.

Biro kaji cuaca China turut mengeluark­an amaran oren amaran kedua tertinggi selepas menarik balik amaran merah, Jumaat lalu.

Taufan terbabit memaksa penerbanga­n dibatalkan di Taiwan dan premis perniagaan ditutup.

Insiden tanah runtuh itu berlaku kira-kira 130 kilometer ke utara bandar Wenzhou, apabila sebuah empangan semula jadi runtuh.

Angin kencang dan hujan lebat turut melanda kota kewangan Shanghai tengah hari semalam menyebabka­n Disneyland Shanghai ditutup.

Hampir 200 kereta api yang melalui bandar Jinan di wilayah Shandong terpaksa ditangguhk­an sehingga Isnin, lapor Xinhua.

Lebih daripada 250,000 penduduk di Shanghai dan 800,000 warga di wilayah Zhejiang sudah dipindahka­n akibat taufan berkenaan dan 2.72 juta isi rumah di Zhejiang terputus bekalan elektrik akibat angin kencang dan hujan yang menumbangk­an talian elektrik.

Sejumlah 200 kediaman di enam bandar di Zhejiang runtuh dan 66,300 hektar tanah pertanian musnah, kata CCTV. Ribut berkenaan diramal akan tiba ke wilayah Jiangsu menjelang awal pagi ini sebelum mengubah haluan ke Laut Kuning dan meneruskan perjalanan ke utara serta mendarat semula di wilayah Shandong. REUTERS

 ?? (Foto EPA) ?? Kereta musnah selepas Taufan Lekima melanda wilayah Zhejiang di China, semalam.
(Foto EPA) Kereta musnah selepas Taufan Lekima melanda wilayah Zhejiang di China, semalam.
 ??  ?? Seorang warga di Wenling mencari barangan miliknya selepas dilanda Taufan Lekima di Zhejiang, semalam.
Seorang warga di Wenling mencari barangan miliknya selepas dilanda Taufan Lekima di Zhejiang, semalam.
 ??  ?? Orang ramai melawan angin kencang di Shanghai, China, semalam.
Orang ramai melawan angin kencang di Shanghai, China, semalam.
 ??  ?? Dua orang memegang payung berjalan meredah air banjir di wilayah Zhejiang, semalam.
Dua orang memegang payung berjalan meredah air banjir di wilayah Zhejiang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia