Berita Harian

Korea Utara tembak dua objek tidak dikenali

-

Seoul: Korea Utara menembak dua objek tidak dikenali ke laut dari bahagian timur negara itu, semalam, menurut tentera Korea Selatan.

Pelancaran terbaru itu berlaku sejurus selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengesahka­n menerima ‘sepucuk surat istimewa’ daripada ketua Korea Utara, Kim Jong Un.

Korea Utara melepaskan beberapa tembakan peluru berpandu dan roket sejak Trump dan Jong Un memeterai persetujua­n pada 30 Jun lalu untuk menyambung semula rundingan penghapusa­n nuklear yang tertangguh.

Seorang pegawai AS berkata, sekurang-kurangnya satu objek sudah ditembak dan ia menyamai peluru berpandu jarak dekat yang dilancarka­n Pyongyang sebelum ini.

Trump menangkis isu pelancaran senjata Korea Utara, baru-baru ini ketika bercakap kepada wartawan apabila menyebut tiada sebarang ujian nuklear dijalankan negara itu.

“Ujian peluru berpandu itu hanya jarak dekat.

Bukan ujian peluru berpandu balistik. Tiada peluru berpandu jarak jauh,” katanya.

Beliau juga memberitah­u, Jong Un ada menulis surat kepadanya dan memberitah­u bahawa beliau ‘tidak gembira’ dengan permainan perang As-korea Selatan dan ujian peluru berpandu.

Jong Un dilaporkan berkata, ujian senjata itu adalah reaksi kepada latihan ketenteraa­n Askorea Selatan yang diadakan, bulan ini. Reuters

Ujian peluru berpandu itu hanya jarak dekat. Bukan ujian peluru berpandu balistik. Tiada peluru berpandu jarak jauh.

Pegawai tentera AS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia