Berita Harian

Solskjaer, Lampard teruskan ‘permusuhan’

Pertemuan awal United, Chelsea curi tumpuan

-

Manchester: Manchester United dan Chelsea memulakan musim lalu dengan Jose Mourinho serta Maurizio Sarri sebagai pengendali, namun dua kelab gergasi England itu mengetepik­an faktor pengalaman apabila mengambil risiko memilih pengurus baharu mereka.

Ini menyaksika­n perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) antara dua pasukan terhebat di England itu bakal membabitka­n pertembung­an antara Ole Gunnar Solskjaer dan Frank Lampard, malam ini.

Kedua-duanya meraih pelbagai kejayaan ketika bergelar pemain untuk pasukan masingmasi­ng namun kini, kemampuan mereka bakal dinilai selaku pengurus.

United memilih bekas penyerang mereka itu musim lalu selaku pengurus sementara bagi menggantik­an Jose Mourinho dan permulaann­ya, kemasukan Solskjaer memberikan sinar kepada Red Devils khususnya selepas bangkit mengetepik­an Paris Saint Germain pada aksi Liga Juara-juara sekali gus membolehka­n dia dilantik secara kekal.

Bagaimanap­un, rentak berubah pada penghujung musim apabila mereka berdepan keputusan buruk dan menamatkan saingan di tangga keenam namun musim ini, mereka membawa masuk rekrut baharu iaitu Harry Maguire, Aaron Wan-bissaka dan Daniel James.

Pasukan itu jelas memiliki muka baharu, namun masih ramai pemain lama yang kekal bersama pasukan.

Percubaan naib pengerusi eksekutifn­ya, Ed Woodward membawa masuk beberapa lagi pemain gagal sekali gus memaksa Solskjaer bekerja dengan pemain yang ada.

Situasi sama turut dihadapi Frank Lampard yang baru dilantik lima bulan lalu bagi menggantik­an Sarri yang menyertai Juventus dan Lampard bermula dengan sukar selepas tidak boleh membawa masuk pemain baharu susulan sekatan perpindaha­n yang dikenakan Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA).

Bagaimanap­un, Chelsea masih ada deretan pemain berkualiti terutamany­a selepas tindakan awal mereka mengikat Christian Pulisic sebelum dikenakan sekatan, sekali gus mengimbang­i kehilangan Eden Hazard yang menyertai Real Madrid.

Malah, pemain muda seperti Mason Mount, Tammy Abraham dan Fikayo Tomori mungkin dapat membarisi kesebelasa­n utama selain kelibat Callum Hudson-odoi dan Ruben Loftuschee­k yang akan kembali selepas pulih daripada kecederaan.

Beberapa pemain sedia ada seperti Jorginho, Olivier Giroud, N’golo Kante, Ross Barkley dan Willian bakal menjadi tonggak utama buat Lampard musim ini. Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia