Berita Harian

City, Sterling laung amaran awal

-

London: Raheem Sterling meledak hatrik ketika membantu penyandang juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City memulakan kempen mempertaha­nkan kejuaraan dengan membelasah West Ham United 5-0 pada aksi pembukaan musim, malam tadi.

Beraksi di gelanggang lawan, skuad kendalian Pep Guardiola membuka tirai jaringan pada minit ke-25 menerusi penyerang Brazil, Gabriel Jesus berpunca daripada umpanan Kyle Walker.

Bagaimanap­un, empat lagi jaringan hanya diperoleh pada babak kedua dengan tiga daripadany­a menjadi milik pemain kebangsaan England, Sterling bermula pada minit ke-51.

Berpunca gerakan dijana perancang Belgium, Kevin De Bruyne, Sterling tidak bermasalah menewaskan penjaga gol West Ham, Lukasz Fabianski.

Jesus pada satu ketika turut menyangka dia sudah menyumbat jaringan ketiga pelawat tetapi golnya dibatalkan menerusi Video Bantuan Pengadil (VAR), sistem yang digunakan buat kali pertama pada musim ini selepas Sterling didapati ofsaid.

Begitupun, ia tidak menghalang kemaraan City yang menyumbat gol ketiga pada minit ke-75 menerusi Sterling, kali ini menerusi umpanan pemain tengah Algeria, Riyad Mahrez sebelum penyerang Argentina, Sergio Aguero menjadikan kedudukan 4-0 pada minit ke-86 menerusi penalti.

City terus melakukan serangan bertali arus yang menyaksika­n Sterling melengkapk­an hatrik pada minit ke-90.

 ??  ?? Raheem Sterling
Raheem Sterling

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia