Berita Harian

Alisson buat Liverpool, Klopp cemas

-

Liverpool: Penjaga gol Liverpool, Alisson Becker terlepas peluang beraksi pada perlawanan Piala Super UEFA berdepan Chelsea di Istanbul awal pagi Khamis ini susulan kecederaan betis ketika menewaskan Norwich City 4-1 di Anfield, semalam.

Alisson rebah pada minit ke36 dan terpaksa diusung keluar padang oleh pasukan perubatan pada perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2019/20 itu.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, berkata terlalu awal untuk mengetahui tahap kecederaan pemain itu tapi yang pasti Becker bakal terlepas peluang aksi Piala Super UEFA - iaitu perlawanan yang mempertemu­kan pemenang Liga Juarajuara dengan juara Liga Europa.

“Ia kecederaan betis. Dia terasa sakit seperti terkena sesuatu. Dia akan terlepas perlawanan Rabu ini (awal pagi Khamis), saya boleh sahkan itu.

“Ia berita tidak bagus buat kami, tetapi kami akan cari penyelesai­annya.

“Kami perlu menilai tahap kecederaan­nya dan kemudian kita akan tahu tindakan selanjutny­a. Ia sah kecederaan betis, dia tidak boleh beraksi ketika ini. Kita perlu tunggu dan lihat.

“Berdasarka­n pengalaman saya, dia tidak akan bermain pada Rabu (awal pagi Khamis). Dia cedera, jadi kita kena tunggu berapa lama,” kata Klopp.

Penjaga gol Sepanyol, Adrian yang menyertai Liverpool secara percuma dari West Ham United Isnin lalu menggantik­an tempat Becker.

“Adrian penjaga gol yang cekap. Dia tenang dan cekap menghalang sepakan deras, sebab itu kami mengambiln­ya,” kata Klopp.

Adrian, 32, sudah tampil 125 kali dalam aksi EPL bersama West Ham United sebelum dia dilepaskan hujung musim lalu dan Klopp yakin penjaga gol baru itu mampu melaksanak­an tugasnya dengan berkesan.

“Dia seorang yang berkeyakin­an dan saya percaya dia hadir ke sini bukan untuk jadi pemerhati saja. Dia memang sudah bersedia,” kata Klopp.

Reuters

 ?? (Foto AFP) ?? Alisson menerima rawatan selepas rebah pada minit ke-36 dan terpaksa diusung keluar padang oleh pasukan perubatan.
(Foto AFP) Alisson menerima rawatan selepas rebah pada minit ke-36 dan terpaksa diusung keluar padang oleh pasukan perubatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia