Berita Harian

Hijau, ungu pilihan Farah

Ratu gimnas baca buku redakan tekanan

- Khairie@bh.com.my

Oleh Mohd Khairie Khalid Kuala Lumpur: Setiap individu memiliki perwatakan berbeza, malah masing-masing mempunyai pilihan hati tersendiri, termasukla­h soal warna yang sedikit sebanyak memainkan peranan dalam kehidupan seharian.

Dari sudut psikologi, warna mempunyai hubungan dan karakter yang rapat dengan manusia, malah ia mempunyai makna yang tersendiri dan dipercayai boleh mempengaru­hi tindak tanduk seseorang selain boleh dianggap sebagai bahasa global atau universal.

Bercerita mengenai warna, ratu gimnas negara, Farah Ann Abdul Hadi juga mempunyai pilihan warna tersendiri iaitu hijau turquoise dan ungu.

“Daripada kecil saya minat warna hijau, dia seakan turquoise. Tetapi sekarang saya sudah minat warna ungu yang juga warna kegemaran ibu saya. Dua warna ini memang saya minat.

“Saya punya botol, dompet semua warna turquoise, kalau saya beli barang peribadi kebanyakan warna hijau.

“Kalau baju, saya lebih terbuka dan mempunyai pelbagai warna, bukan saya tak minat hitam tetapi saya punya almari pakaian mempunyai banyak warna,” kata Farah ketika menceritak­an mengenai dirinya ketika ditemui BH Sukan di Majlis Sukan Negara (MSN), baru-baru ini.

Farah yang berusia 25 tahun juga mengakui selain suka akan warna, dia juga mempunyai hobi membaca buku fantasi bahasa Inggeris seperti The Arrogant Series serta Lady Midnight, iaitu sebuah novel yang ditulis Cassandra Clare.

Menurut atlet jelita itu, dengan pembacaan dapat membantuny­a menghilang­kan tekanan selepas menjalani latihan dan pertanding­an sepanjang berkecimpu­ng dalam dunia sukan gimnastik.

“Baca buku ini di mana-mana boleh saya lakukan seperti sewaktu hendak tidur, berada di rumah ataupun sewaktu dalam perjalanan menuju ke mana-mana destinasi,” katanya.

Dalam pada itu, Farah yang kini memiliki 258 ribu pengikut di Instagram (IG) menjelaska­n, dia akan memastikan laman sosial miliknya sentiasa bersih jadi segala komen atau tulisan negatif yang ditinggalk­an individu yang tidak bertanggun­gjawab akan dipadam.

“Kebanyakan dalam IG saya semuanya berkaitan perkara positif dan jika ada komen yang tidak menyenangk­an saya akan padam kerana saya suka ruang yang selamat untuk laman sosial saya.

“Kalau ada buli secara dalam talian dan profil palsu juga saya akan padam,” katanya.

Kebanyakan dalam IG saya semuanya berkaitan perkara positif dan jika ada komen yang tidak menyenangk­an saya akan padam kerana saya suka ruang yang selamat.

 ??  ?? Farah Ann Abdul Hadi,
Farah Ann Abdul Hadi,
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia