Berita Harian

Sasaki kena penalti grid

Catat masa kedua terpantas tapi mula perlumbaan di petak ke-12

- Oleh Sukhairi Thani sukhairi@bh.com.my Capital Dubai) 3. John Mcphee (GBR/PETRONAS Sprinta Racing) 1:36.690s 4. Kaito Toba (Jpn/honda Team Asia) 1:36.762s 5. Tatsuki Suzuki (JPN/SIC58 Squadra Corse) 1:36.788s 6. Tony Arbolino (ITA/VNE Snipers) 1:36.791s 7

Kuala Lumpur: Ayumu Sasaki mencatat masa kedua terpantas pada sesi kelayakan kedua Moto3, namun bakal memulakan perlumbaan Grand Prix (GP) Austria, hari ini dari petak ke-12 selepas dikenakan penalti grid. Pelumba PETRONAS Sprinta Racing itu dan rakan senegara dari pasukan Honda Team Asia, Ai Ogura dikenakan penalti 12 grid selepas steward perlumbaan mendapati mereka menunggang secara tidak bertanggun­gjawab pada sesi latihan bebas kedua, kelmarin.

Pada sesi kelayakan itu, Sasaki mencatat masa sepusingan 1 minit 36.511 saat (s) dan hanya 0.051s di belakang Romano Fenati (VNE Snipers) yang menyambar petak utama perlumbaan di Litar Red Bull Ring-spielberg.

Rakan sepasukan Sasaki dari Scotland, John Mcphee pula bakal memulakan perlumbaan 23 pusingan itu dari petak ketiga selepas mencatat 1:36.690s pada sesi kelayakan kedua.

Melengkapk­an barisan utama Jaume Masia yang mencatat 1:36.689s.

Selepas 10 pusingan musim ini, Sasaki ketika ini sudah mengumpul 34 mata untuk berada di tangga ke-19 keseluruha­n dalam carta pelumba Moto3.

Mcphee yang pernah meraih kemenangan di GP Perancis, berada di tangga ketujuh dengan 68 mata, 80 mata di belakang pendahulu dari pelumba pasukan Sterilgard­a Max Racing Team, Aron Canet.

 ??  ??
 ??  ??
 ?? Grafik BH ??
Grafik BH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia