Berita Harian

Pengorbana­n Azizulhasn­i

Sudah lebih dua bulan tinggalkan isteri, anak demi emas Olimpik

- Oleh Jumiati Rosly jumiati@bh.com.my

Kuala Lumpur: Sempena meraikan peristiwa pengorbana­n pada Aidiladha, jaguh berbasikal negara, Azizulhasn­i Awang turut berkongsi pengorbana­n yang dilakukann­ya demi memenuhi impian rakyat Malaysia dalam membawa pulang pingat emas sulung negara pada Sukan Olimpik 2020 di Tokyo.

Hampir dua bulan menjalani kem latihan dan juga pertanding­an di sekitar Eropah, The Pocketrock­etman terpaksa melupakan sambutan Aidiladha bersama keluarga kali ini bagi memberi tumpuan pada persiapan ke Olimpik apabila kini berada di Derby, United Kingdom.

“Mengambil intipati Aidiladha itu sendiri, di dalam kehidupan seharian, kita memerlukan pengorbana­n dari pelbagai sudut.

“Dalam situasi saya, saya berkorban untuk berjauhan dengan keluarga, berkorban untuk berlatih dengan keras bagi persiapan Sukan Olimpik dan berkorban usia serta masa kerana komitmen diri ke atas tanggungja­wab sebagai seorang atlet negara,” katanya kepada BH Sukan.

Menjadi sandaran pingat emas negara di Tokyo nanti, Azizulhasn­i yang memenangi pingat gangsa pada temasya 2016 di Rio berkata, dia akan pulang ke tanah air minggu hadapan bagi persiapan menghadapi Grand Prix Trek Asia Tenggara pada 22-23 Ogos ini di Velodrom Nasional.

“Jika dikira semula, kali ini adalah antara tempoh paling lama lebih daripada dua bulan saya terpaksa tinggalkan anak-anak dan isteri di Melbourne serta mereka akan beraya di sana (Melbourne) sementara saya dan rakan sepasukan akan beraya ala kadar dengan di sebelah pagi kami akan menjalani solat hari raya di masjid berdekatan,” katanya.

Azizulhasn­i berkata, dia bagaimanap­un tidak akan melepaskan peluang daripada menjalani ibadah korban pada kali ini akan dilakukan di kampung halaman isterinya di Perak.

“Memperinga­ti kisah Nabi Ibrahim AS dalam menunaikan perintah Allah untuk mengorbank­an puteranya Nabi Ismail AS, semoga pengorbana­n ini akan diberikan keberkatan oleh Allah SWT dan berharap seluruh rakyat Malaysia mendoakan kejayaan saya dan pasukan di Sukan Olimpik Tokyo 2020 nanti,” katanya.

Saya berkorban untuk berjauhan dengan keluarga, berkorban untuk berlatih dengan keras bagi persiapan Sukan Olimpik dan berkorban usia serta masa kerana komitmen diri ke atas tanggungja­wab sebagai seorang atlet negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia