Berita Harian

Adam pamer belang takluk Zhuhai

-

Kuala Lumpur: Adam Norrodin meraih kemenangan pertamanya dalam Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2019 apabila memenangi Perlumbaan 1 Pusingan 5 di Litar Antarabang­sa, Zhuhai, semalam.

Pelumba SIC Junior ZK Racing itu menamatkan perlumbaan kelas Supersport­s 600cc sebanyak 12 pusingan itu dengan catatan keseluruha­n 19 minit 38.917 saat (s).

Kemenangan itu sudah tentu menjadi pembakar semangat tambahan buat Adam untuk mengulangi kejayaan sama pada Perlumbaan 2, hari ini.

“Sesi kelayakan tidak begitu baik. Bagaimanap­un, saya tidak berputus asa dari awal saingan sehinggala­h ke penghujung perlumbaan,” kata Adam yang juga bekas pelumba Moto3 di Kejuaraan Motosikal Dunia itu.

“Ini pengalaman pertama buat pasukan. Kemenangan ini untuk pasukan kerana mereka banyak berjasa dan sentiasa berusaha gigih demi mencapai kejayaan. Esok, ada satu lagi perlumbaan dan saya akan cuba yang terbaik seperti hari ini.”

Rakan Adam dalam Program Pembanguna­n Bakat Litar Antarabang­sa Sepang (SIC), Kasma Daniel Kasmayudin (Hong Leong YAMAHA Malaysia) meraih penamat kedua apabila hanya ketinggala­n 0.067s.

Tempat ketiga diraih pelumba Thailand, Peerapong Boonlert (YAMAHA Thailand Racing Team) dengan catatan 19:39.112s.

Selepas Zhuhai, Pusingan 6 musim dijadual kembali menjengah SIC pada 19 hingga 22 September ini sebelum Litar Antarabang­sa Chang, Thailand menjadi lokasi penutup tirai 2019, 29 November hingga 1 Disember nanti.

 ??  ?? Adam Norrodin
Adam Norrodin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia