Berita Harian

Syahir, Zulkifli buru emas takraw

- Daripada Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my

Pelumba basikal negara

Osaka, Jepun: Buruan pingat emas sukan sepak takraw pada Sukan SEA Filipina 2019 kembali bersinar selepas dua tekong utama yang digugurkan, Mohd Syahir Rosdi dan Muhammad Zulkifli Abd Razak bakal menyertai semula skuad kebangsaan.

Meskipun berlaku krisis antara dua tonggak itu dengan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), namun badan induk itu tampak ‘berlembut hati’ apabila bersetuju untuk menerima mereka menggalas tugas bersama skuad kebangsaan.

Perkembang­an itu dimaklumka­n Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mengesahka­n perbincang­an bagi menyelesai­kan isu terbabit sudah berada pada tahap terakhir dengan maklum balas positif dijangka dapat diperoleh daripada kedua-dua pihak.

“Saya difahamkan PSM akur dengan keputusan bayaran elaun yang ditetapkan Majlis Sukan Negara (MSN) kerana sebelum ini kita dapat laporan, PSM melakukan perubahan sendiri dari segi pemberian elaun.

“PSM kini akur dengan ketetapan dan pendirian MSN. Dari segi status pemain pula, keduadua atlet itu akan dipanggil memberi penjelasan dalam mesyuarat Jawatankua­sa Tatatertib.

“Sebagai menteri, saya tidak boleh memaksa mereka tetapi menasihati. Selepas pertemuan itu nanti, kemungkina­n mereka akan kembali dalam skuad kebangsaan selepas Aidiladha,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sebelum ini, Syed Saddiq mengarahka­n Majlis Sukan Negara (MSN) mengadakan rundingan bagi menyelesai­kan konflik membabitka­n keduadua pemain berkenaan dengan PSM.

Syahir dan Zulkifli sebelum ini digugurkan oleh PSM atas alasan disiplin tetapi keduadua pemain berkenaan menafikan dakwaan itu sehingga membuat membuat keputusan untuk bersara.

Syahir memainkan peranan penting dalam membantu Malaysia menamatkan kemarau 10 tahun dengan memenangi pingat emas Sukan SEA pada 2015 diikuti edisi 2017.

Gandingann­ya bersama Zulkifli menamatkan kemarau 24 tahun untuk emas di Sukan Asia tahun lalu selepas kali terakhir muncul juara di Hiroshima pada 1994.

 ??  ?? Azizulhasn­i Awang,
Azizulhasn­i Awang,
 ?? (Foto Owee Ah Chun/bh) ?? Mohd Syahir (kiri) dan Muhammad Zukkifli bakal menyertai semula skuad kebangsaan.
(Foto Owee Ah Chun/bh) Mohd Syahir (kiri) dan Muhammad Zukkifli bakal menyertai semula skuad kebangsaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia