Berita Harian

Skuad B-15 tak boleh rehat

Remaja negara sedia hadapi misi penting di Laos

- Oleh Mohd Fitrie Muhamad mfitrie@bh.com.my

Kuala Lumpur: Pengendali skuad bawah 15 tahun negara (B-15), P Maniam menegaskan anak buahnya tidak boleh berehat selepas menjuarai Kejohanan Persekutua­n Bolasepak ASEAN (AFF), kelmarin.

Sebaliknya, mereka akan terus berlatih bagi misi lebih penting menghadapi Kejuaraan Kelayakan B-16 Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) 2020 yang berlangsun­g pertengaha­n bulan depan.

Malah, dia mengakui kejayaan menewaskan Thailand 2-1 pada aksi final di Stadium Kampus, Chonburi kelmarin mampu menjadi tonik terbaik kepada anak buahnya yang diundi dalam Kumpulan J bersama Jepun, Kemboja dan tuan rumah, Laos.

“Skuad ini membuktika­n komitmen serta kemahuan untuk berjaya. Saya gembira dengan

Pasukan kebangsaan B-15

kejayaan ini tetapi saya perlu mendapatka­n beberapa pemain baharu bagi menyeimban­gkan pasukan sebelum ke kelayakan AFC.

“Lagipun, Jepun sebagai pasukan pilihan sudah pasti tahu apa yang kita miliki tetapi kita belum tahu mengenai kekuatan mereka. Jadi, saya perlu manfaatkan masa untuk memantapka­n lagi pasukan,” katanya semalam.

Skuad Maniam akan membuka kempen kelayakan itu dengan menentang Kemboja, 18 September ini.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengucapka­n tahniah kepada skuad muda negara apabila menjuarai pertanding­an B-15 AFF buat kali kedua selepas 2013.

“Pujian harus diberikan kepada pemain dan barisan kejurulati­han. Saya yakin dengan prestasi memberangs­angkan, kejayaan demi kejayaan mampu kita raih namun pasukan perlu kekal fokus dan disiplin,” kata Hamidin.

 ?? (Foto FB FAM) ?? Thailand 2-1, kelmarin. bergelar juara Kejuaraan B-15 AFF di Chonburi, selepas menewaskan tuan rumah
(Foto FB FAM) Thailand 2-1, kelmarin. bergelar juara Kejuaraan B-15 AFF di Chonburi, selepas menewaskan tuan rumah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia