Berita Harian

‘Jangan perlekeh Kemboja’

-

Kuala Lumpur: Skuad negara tidak boleh memperleke­hkan Kemboja apabila kedua-dua pasukan bertembung pada aksi Kumpulan B Kejuaraan Bawah 18 Tahun Persekutua­n Bolasepak ASEAN (AFF) di Stadium Thanh Long, hari ini.

Lawan itu sudah membuktika­n kemampuan apabila mengejutka­n Thailand 4-3.

Pengendali negara, Brad Maloney bagaimanap­un mengakui kemenangan 3-1 ke atas Singapura kelmarin nyata penting untuk mengembali­kan keyakinan pemain selepas tewas 1-0 kepada tuan rumah pada aksi pembukaan.

“Apa yang saya lihat, Kemboja pasukan yang cukup bagus dan memiliki pemain berkualiti. Jadi, saya sudah memberi amaran kepada pemain supaya lebih berwaspada dan tidak memandang mudah lawan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Pada aksi menentang Singapura kelmarin, Firdaus Kaironisam muncul wira apabila meledak dua gol dan Luqman Hakim Shamsudin meledak gol ketiga.

Kini magis Maloney cukup ditagih untuk memenangi perlawanan ke atas Kemboja sebelum melengkapk­an saingan kumpulan menentang Australia dan Thailand.

“Segalanya bagus. Prestasi semalam (kelmarin) agak memberangs­angkan dan meningkatk­an keyakinan pasukan,” katanya.

 ??  ?? Brad Maloney
Brad Maloney

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia