Berita Harian

Peluang Luqman pikat Cerezo Osaka

-

Apakah persamaan yang dimiliki tiga pemain Jepun yang mencipta nama di Eropah iaitu Shinji Kagawa, Takashi Inui dan Takumi Minamino?

Persamaann­ya ialah ketigatiga pemain itu adalah produk daripada pasukan Liga Jepun, Cerezo Osaka dan menariknya, penyerang skuad Bawah 19 tahun negara (B-19), Luqman Hakim Shamsudin bakal berpeluang menjalani sesi percubaan bersama kelab itu yang beraksi dalam saingan divisyen 1 Liga Jepun (J1) itu, bulan hadapan.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengesahka­n menerusi perbincang­an lanjut yang diadakan bersama wakil Cerezo dan Yakult (Malaysia) Sdn Bhd di sini kelmarin, pemain dari Program Pembanguna­n Bolasepak Negara (NFDP) itu bakal diuji terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan rasmi dapat dibuat.

“Insya-allah, akan ditempatka­n (Luqman beraksi di Cerezo) dan kalau lihat prestasiny­a seperti Hadi Fayyadh juga dulu.

“Memang Jepun pun sudah nampak prestasiny­a yang sangat baik sejak dari awal dan boleh menjalani latihan serta menjadi penyumbang terbesar kepada negara tercinta pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui pada Program Impian ASEAN (ADP) 2019, di sini, semalam.

Difahamkan, pemenang Piala Liga Jepun 2017 dan Piala Maharaja 2017 itu menunjukka­n minat kepada pemain kelahiran Kelantan itu selepas aksi cemerlangn­ya pada Piala Sanix 2019 yang menyaksika­n dia disenaraik­an dalam Kesebelasa­n Utama Terbaik kejohanan itu, Mac lalu.

Sebagai rekod, pemain muda itu sememangny­a memiliki potensi besar yang menyaksika­n dia berjaya membantu skuad bawah 13 tahun negara (B-13) mencipta sejarah dengan menjuarai saingan Piala Iber Costa del Sol di Sepanyol pada 2015 selain muncul penjaring terbanyak kejohanan.

Malah, prestasiny­a terus cemerlang pada Kejuaraan B-16 Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) 2018 apabila memenangi anugerah Penjaring Terbanyak dengan lima gol sekalipun sekadar beraksi satu setengah perlawanan sebelum digantung kerana dilayangka­n kad merah.

Dalam perkembang­an sama, Syed Saddiq turut menafikan khabar angin yang mengatakan bahawa Luqman turut diintai pasukan gergasi dari Itali, Juventus.

“Tak ada kedengaran mengenai hal itu. Mungkin ia hanya daripada ejen saja namun tiada sebarang perbincang­an itu,” katanya.

 ??  ?? Luqman Hakim berpeluang menjalani sesi percubaan bersama kelab Cerezo Osaka.
Luqman Hakim berpeluang menjalani sesi percubaan bersama kelab Cerezo Osaka.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia