Berita Harian

2 lelaki ditahan guna letupan tangkap ikan

-

Semporna: Pasukan Polis Marin (PPM) menahan dua lelaki disyaki menangkap ikan menggunaka­n bahan letupan di kawasan perairan Kampung Tobo-tobo dekat sini, petang kelmarin.

Kedua-dua lelaki tempatan berumur 22 dan 28 tahun, ditahan berikutan risikan dan maklumat Unit Risikan Marin (URM) di kawasan itu pada jam 1.30 petang.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Mohd Pajeri Ali, berkata siasatan awal mendapati kedua-dua suspek berasal dari Kampung Bangau-bangau.

“Hasil pemeriksaa­n dalam ruangan perahu terbabit mendapati ada lima kilogram pelbagai jenis ikan dipercayai ditangkap menggunaka­n bahan letupan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mohd Pajeri berkata kedua-dua suspek yang ditangkap bersama barang rampasan termasuk perahu serta enjin sangkut di bernilai RM9,306 dibawa ke pangkalan Markas Operasi PPM Semporna untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 26 (1)(c) Akta Perikanan 1985 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM20,000 dan penjara sehingga dua tahun,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengingatk­an masyarakat nelayan supaya menghentik­an kegiatan menangkap ikan menggunaka­n bahan letupan kerana ia bukan saja melanggar undang-undang, malah memusnahka­n hidupan dan ekosistem di laut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia