Berita Harian

Lepas ke tasik kerana cepat besar

Arapaima gigas antara 16 spesies dilarang masuk ke negara ini

- Oleh Mohd Izham Unnip Abdullah thaddius@bh.com.my

Kota Kinabalu: Ikan bersaiz gergasi yang disahkan spesies Arapaima gigas atau ikan naga ditemui mati di tasik Taman Tun Fuad, di sini, baru-baru ini adalah antara 16 spesies ikan asing yang dilarang diimport atau dibawa masuk ke negara ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Perikanan negeri, Azhar Kassim, berkata larangan itu terkandung dalam Peraturan-peraturan Perikanan (Larangan Import, dan sebagainya, bagi Ikan) (Pindaan) 2011.

Katanya, berdasarka­n peraturan berkenaan, spesies lain yang dilarang dibawa masuk ialah Salmo, Onchorynch­us (salmon dan trout), Cichla (Peacock Bass), Esox (Northern Pike, ikan Pike), Cichlasoma (Flower Horn) dan Acipenser (Sturgeon).

Selebihnya, beliau berkata ialah Lepisosteu­s (ikan buaya), Cherax destructor (Red Claw, lobster sepit merah), Serrasalmu­s/sarrasalmo / Pygocentru­s / Catoprian, Pygopristi­s, Colosamuna/piaractus, Myleopos, Pristobryc­on

Tiada siapa boleh mengimport, menjual, memelihara atau menyimpan ikan hidup daripada spesies berkenaan kecuali dengan kebenaran bertulis Ketua Pengarah Perikanan.

(ikan piranha, pacu) dan Mylossoma, Myletes (Silver Dollar).

“Berdasarka­n peraturan berkenaan, tiada siapa boleh mengimport, menjual, memelihara atau menyimpan ikan hidup daripada spesies berkenaan kecuali dengan kebenaran bertulis Ketua Pengarah Perikanan.

“Ia bagi memastikan ikan terbabit yang bersifat pemangsa tidak terlepas ke habitat umum di negara ini berikutan kebimbanga­n ia akan mengancam ikan spesies tempatan yang hidup di sungai atau tasik,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Sebelum ini, Azhar mendedahka­n ikan jenis Arapaima gigas yang berasal dari Amazon, Amerika Selatan tidak sepatutnya berada di tasik atau sungai negeri ini kerana ia adalah ikan yang dilarang dibawa masuk ke negara ini.

Katanya, jika terlepas ke habitat umum, ia dibimbangi mengakibat­kan kerosakan ekosistem di sungai atau tasik di negeri ini.

Dalam kejadian Isnin lalu, seorang pekerja Jabatan Landskap, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) yang menjalanka­n kerja pembersiha­n di Taman Tun Fuad mengesan sesuatu terapung di tasik sebelum disedari ia adalah seekor ikan gergasi.

Ikan berkenaan kemudian ditarik ke tepi tasik dan ia dianggarka­n seberat 108 kilogram dengan panjang badan kira-kira dua meter.

Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Nordin Siman, dalam kenyataan medianya berhubung penemuan itu berkata ikan berkenaan diserahkan kepada Institut Penyelidik­an Marin Borneo (IPMB), Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk bedah siasat.

Ikan itu dipercayai dipelihara pihak tertentu sebagai hiasan dalam akuarium atau kolam sebelum dilepaskan di tasik Taman Tun Fuad selepas tuannya tidak cukup ruang untuk ikan berkenaan kerana sifatnya yang membesar.

Berdasarka­n penyelidik UMS yang melakukan bedah siasat, berat sebenar ikan berkenaan ialah kira-kira 140 kilogram dan ia dipercayai mati akibat faktor usia atau ketiadaan makanan berikutan keadaan perutnya yang didapati kosong.

Azhar Kassim, Timbalan Pengarah Jabatan Perikanan negeri

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia