Berita Harian

UNIMAS, Universiti Shaoxing jalin kerjasama

-

Samarahan: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Kolej Yuanpei Universiti Shaoxing China, menjalinka­n kerjasama pembanguna­n intervensi strategik khusus dalam aspek pendidikan dan pembanguna­n komuniti.

Pengarah Pejabat Canselori dan Hubungan Antarabang­sa (UNIMAS Global), Azlan Ramli, berkata kehadiran 15 penuntut dari Universiti itu bagi menjayakan projek tanggungja­wab sosial di negeri ini membuktika­n keakraban dalam melaksanak­an hubungan strategik di peringkat antarabang­sa.

“Mereka bersama UNIMAS Global dan penuntut UNIMAS semalam menyertai projek kemasyarak­atan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Senari, Petra Jaya.

“Antara sumbangan dalam projek ini termasuk menaik taraf galeri sekolah dan mengadakan aktiviti dan ceramah motivasi untuk murid Tahun Empat dan Lima,” katanya di sini semalam.

Antara aktiviti lain dilaksanak­an adalah membaik pulih papan tanda sekolah SK Kampung Senari menggunaka­n simen ferro dan juga sumbangan barang elektrik.

Azlan berkata, kehadiran 15 penuntut antarabang­sa itu adalah kumpulan kedua menyertai program musim panas anjuran UNIMAS.

“UNIMAS mahu menjadi institusi yang berada dekat dengan komuniti kerana kami juga mempunyai tanggungja­wab menyumbang semula kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata, lebih banyak aktiviti kemasyarak­atan sudah dirancang demi kualiti hidup masyarakat, selain membentuk komuniti mapan yang berupaya menyumbang kepada pembanguna­n Sarawak.

 ?? (Foto Mohd Amirul Faiz Ahmad/bh) ?? Tiga pelajar dari Kolej Yuanpei Universiti Shaoxing China, membancuh simen ferro mendirikan papan tanda di SK Kampung Senari, semalam.
(Foto Mohd Amirul Faiz Ahmad/bh) Tiga pelajar dari Kolej Yuanpei Universiti Shaoxing China, membancuh simen ferro mendirikan papan tanda di SK Kampung Senari, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia