Berita Harian

Pemimpin Bidayuh kena mahir undangunda­ng adat

-

Kuching: Pemimpin akar umbi, khususnya masyarakat Bidayuh di negeri ini perlu mahir undangunda­ng adat supaya dapat menjaga dan mempertaha­nkannya.

Sehubungan itu, Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi, Datuk Seri Michael Manyin Jawong, menegaskan pemimpin akar umbi, Temenggung, Pemanca dan Penghulu perlu pengalaman dan mahir undang-undang adat yang diwartakan dalam Adat Bidayuh 1994.

“Macam mana hendak menjaga adat jika tidak mahir undangunda­ng adat, malah keputusan mereka akan dipersoalk­an oleh rakyat selain boleh dibawa ke mahkamah.

“Masyarakat kini berfikiran terbuka, berpendidi­kan, ditambah pula dengan dunia tanpa sempadan yang membolehka­n rakyat mendapatka­n akses maklumat dengan mudah.

“Sebab itu, pemimpin masyarakat­juga perlu berpengeta­huan luas mengenai undang-undang adat supaya mereka tidak dipersoalk­an jika mengendali­kan sesuatu yang berkaitan adat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia