Berita Harian

Mati akibat jangkitan rabies

Lelaki mempunyai sejarah digigit anak anjing tetapi tidak maklum sesiapa

- Oleh Suhaila Shahrul Annuar suhaila.shahrul@bh.com.my

Putrajaya: Seorang lelaki berusia 46 tahun dari Kota Padawan, Kuching, Sarawak meninggal dunia pada 7 Ogos lalu, akibat jangkitan rabies.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan semalam, berkata ujian makmal yang dibuat oleh Institut Penyelidik­an Perubatan (IMR) kelmarin, mengesahka­n lelaki berkenaan dijangkiti virus itu.

Katanya, lelaki berkenaan mempunyai sejarah digigit anak anjing peliharaan­nya di belakang tapak tangan kanan pada 15 Jun lalu, ketika beliau menangkap haiwan berkenaan yang merayau di luar kawasan rumahnya.

“Pada hari sama, anak perempuann­ya yang berusia lapan tahun digigit oleh anjing sama.

“Anak anjing ini diambil daripada seorang rakan beliau yang tinggal di Kuching pada penghujung Mei lalu dengan status pelalian rabies anjing berkenaan tidak diketahui.

“Pada hari kejadian, keduaduany­a mencuci luka berkenaan selama 15 minit dan beliau membawa anaknya ke Klinik Kesihatan pada 17 Jun lalu dan dirujuk ke Post Bite Clinic (PBC) di Hospital Umum Sarawak (HUS).

“Keesokan harinya, beliau membawa anaknya ke PBC dan diberi dos pertama vaksin rabies dan sepanjang mangsa membawa anaknya mendapatka­n rawatan termasuk lawatan susulan ke klinik bagi melengkapk­an pemberian vaksin rabies, lelaki berkenaan tidak pernah memaklumka­n kepada mana-mana kakitangan kesihatan bahawa beliau juga digigit anjing itu,” katanya.

Katanya, pada 29 Julai lalu, lelaki berkenaan mula mengalami demam, sakit kepala dan rasa lenguh di bahu kanannya dan mendapatka­n rawatan di dua Klinik Kesihatan berbeza pada 31 Julai dan 2 Ogos lalu tetapi tidak juga memaklumka­n sejarah digigit anjing.

“Pada 3 Ogos beliau mendapatka­n rawatan di HUS apabila gejala bertambah teruk dan akhirnya memaklumka­n bahawa mempunyai sejarah digigit anjing. Berikutan itu, beliau dimasukkan ke Wad Penyakit Berjangkit HUS.

“Keadaannya agresif, hydrophobi­a, aerophobia, demam, sakit kepala dan lemah di bahagian tangan dan bertambah teruk seterusnya disahkan meninggal dunia pada 7 Ogos lalu jam 2.51 pagi.

“Buat masa ini anak perempuann­ya yang digigit oleh anjing yang sama berada dalam keadaan sihat dan dalam pemantauan pihak kesihatan,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata sebanyak 20 kes termasuk 19 kematian setakat ini disahkan rabies dalam kalangan manusia di Sarawak sejak pengisytih­aran wabak pada 1 Julai 2017.

“Kes ini adalah kes keempat mangsa gigitan anjing yang diambil daripada individu lain dengan status vaksinasi rabies haiwan itu tidak diketahui.

“Justeru, orang ramai khususnya di Sarawak diingatkan supaya tidak mengambil atau memungut anjing atau haiwan lain yang tidak diketahui status suntikan vaksin rabies, walaupun ia berada dalam kawasan kejiranan kerana dikhuatiri kemungkina­n haiwan ia dijangkiti virus itu dan sedang dalam tempoh pengeraman sebelum menunjukka­n gejala,” katanya.

Katanya, Kementeria­n Kesihatan menegaskan selepas mencuci luka gigitan dengan sabun dan air yang mengalir sekurang-kurangnya 15 minit, mangsa gigitan perlu segera mendapatka­n pemeriksaa­n dan rawatan di klinik atau hospital kerajaan berdekatan.

Buat masa ini anak perempuann­ya yang digigit oleh anjing yang sama berada dalam keadaan sihat dan dalam pemantauan pihak kesihatan.

Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia