Berita Harian

Cuaca baik pagi Aidiladha di Sabah

-

Kota Kinabalu: Sabah diramal mengalami cuaca baik khususnya pada sebelah pagi ini.

Pengarah Jabatan Meteorolog­i negeri, Ambun Dindang, berkata ia berikutan keadaan cuaca tidak menentu dengan hujan lebat dan ribut sejak beberapa hari lalu tamat semalam.

Bagaimanap­un, katanya hujan dan ribut petir dijangka berlaku pada sebelah petang ini khususnya di kawasan Pantai Barat dan Sandakan.

“Keadaan cuaca amnya baik ketika Hari Raya Haji, esok (hari ini). Cuaca dijangka hujan dan ribut petir pada sebelah petang di Pantai Barat dan Sandakan.

“Keadaan ribut di beberapa kawasan sekitar Pantai Barat kelmarin (Khamis) adalah akibat garis badai yang terbentuk sepanjang pantai berkenaan dan masuk ke dalam pada jam 1.30 pagi,” katanya, ketika dihubungi, di sini.

Beliau berkata, keadaan itu dijangka tidak berlaku lagi kerana ribut tropika yang terbentuk di timur Filipina bergerak semakin menjauhi Sabah.

Khamis lalu, beberapa insiden bumbung diterbangk­an angin, pokok tumbang dan banjir kilat dilaporkan berlaku di beberapa kawasan sekitar ibu negeri, Putatan, Tuaran dan Kudat akibat angin kencang dan hujan lebat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia