Berita Harian

PPM Tawau tingkat rondaan perairan sempadan

-

Tawau: Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau terus meningkatk­an kawalan dan pemantauan di sempadan Malaysia-indonesia terutama perairan daerah ini dalam usaha mengekang kegiatan penyeludup­an barangan kawalan menjelang sambutan Aidiladha, hari ini.

Satu Operasi Bersepadu bersama Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Tawau dijalankan bermula 6 Ogos dan berakhir semalam.

Pegawai Memerintah PPM Tawau, Deputi Superinten­dan Mohd Nazari Ismail, berkata operasi empat hari itu tertumpu di beberapa kawasan titik panas yang disyaki menjadi laluan dan aktiviti penyeludup­an barang kawalan.

Katanya, hasil operasi yang dijalankan anggota PPM dan penguat kuasa KPDNHEP di beberapa lokasi terbabit berjaya mengesan tiga kes membabitka­n kesalahan mengikut Akta Kawalan Bekalan selain satu kes penyalahgu­naan dadah.

“Sepanjang tempoh Januari hingga Ogos tahun ini juga, PPM Tawau bersama agensi penguat kuasa lain mencatatka­n sebanyak 190 kes membabitka­n pelbagai kesalahan dengan anggaran nilai rampasan melebihi RM2 juta,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua KPDNHEP Tawau, Yap Kon Fatt.

Dalam pada itu, Nazari berkata pegawai dan anggota PPM Tawau akan bertugas seperti biasa termasuk sepanjang sambutan Aidiladha mulai hari ini selain menjalanka­n operasi serta rondaan di kawasan perairan sempadan Malaysia-indonesia.

“PPM akan terus menguatkua­sakan undang-undang sama ada di laut ataupun di darat dan tidak akan berkomprom­i dengan mana-mana pihak termasuk individu yang didapati terbabit dengan aktiviti penyeludup­an barang kawalan.

“Justeru orang ramai diminta supaya memberi kerjasama dengan menyalurka­n maklumat berkaitan kegiatan penyeludup­an kepada PPM,” katanya.

 ??  ?? Mohd Nazari Ismail, ketika taklimat berkenaan Ops Bersepadu sempena musim perayaan yang dijalankan di Tawau, baru-baru ini.
Mohd Nazari Ismail, ketika taklimat berkenaan Ops Bersepadu sempena musim perayaan yang dijalankan di Tawau, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia