Berita Harian

Berang tak dapat kunci kereta, remaja bakar Perodua Viva, rumah keluarga

-

Bau: Seorang remaja lelaki membakar kereta dan rumah mereka di Kampung Stenggang, di sini, malam kelmarin akibat berang apabila permintaan­nya untuk mendapatka­n kunci kereta bapanya itu tidak diendahkan.

Dalam kejadian jam 8 malam itu, remaja berusia 19 tahun pada awalnya bergaduh dengan kakaknya berusia 22 tahun dan mengugut mahu membakar serta mengebom kereta bapa mereka.

Sumber berkata, suspek kemudianny­a keluar rumah sebelum kembali dengan membawa botol berisi petrol.

“Suspek menyimbah petrol pada kereta Perodua Viva bapanya termasuk pagar dan dinding rumah sebelum membakarny­a menggunaka­n pemetik api.

“Dua lelaki iaitu abang suspek dan adik ipar kakaknya yang cuba menghalang tindakan itu turut disimbah dengan petrol. Akibatnya, kedua-duanya melecur disambar api,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sumber berkata, abang suspek berusia 26 tahun melecur pada kepala, perut, kaki serta tangan dan dibawa ke Hospital Bau untuk rawatan lanjut.

“Adik ipar kakaknya pula melecur pada kaki kiri dan turut dihantar ke hospital sama untuk menerima rawatan.

“Kebakaran berjaya dipadamkan oleh jiran menggunaka­n air paip sebelum kehadiran bomba.

“Suspek melarikan diri menggunaka­n motosikal selepas melihat penduduk kampung semakin ramai datang membantu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superinten­dan Poge Nyaon ketika dihubungi mengesahka­n kejadian itu.

Beliau berkata, kes akan disiasat mengikut Seksyen 326 dan 506 Kanun Keseksaan termasuk Seksyen 7 Akta Bahan Letupan.

 ?? [Foto Ihsan PDRM] ?? Keadaan rumah yang dibakar remaja lelaki berang tak dapat kunci kereta ayahnya di Kampung Stenggang, Bau, kelmarin.
[Foto Ihsan PDRM] Keadaan rumah yang dibakar remaja lelaki berang tak dapat kunci kereta ayahnya di Kampung Stenggang, Bau, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia