Berita Harian

Pasangan suami isteri ditahan, disiasat bagi kesalahan membunuh

Isteri mangsa masih terkejut, minta ruang tenangkan diri

- Oleh Safeek Affendy Razali, Faris Fuad, Fazrik Kamarudin dan Syalika Sazili bhnews@bh.com.my

Serdang: Seorang ibu muda menangis teresak-esak sambil mendukung bayinya di luar Jabatan Perubatan Forensik Hospital Serdang, semalam.

Qistina Ayu Mohd Rozhan, 28, tidak dapat menyembuny­ikan kesedihan kerana kehilangan suami tercinta, Syed Muhammad Danial Syed Syakir, 29, yang baru dinikahi pada 12 Julai tahun lalu, juga bulan sama Allahyarha­m dilahirkan.

Apatah lagi mengenangk­an cahaya mata hasil perkongsia­n perkahwina­n mereka, Sharifah Dian sudah menjadi anak yatim, kehilangan bapa ketika baru empat bulan usianya dan masih tidak mengerti apa-apa.

Ketika didekati media, Qistina Ayu yang kerap mengesat air mata dengan kain tudung dipakainya sambil ditenangka­n ahli keluarga, meminta ruang untuk menenangka­n diri, mungkin masih terkejut kehilangan suami ketika umat Islam sibuk bersiap untuk menyambut Aidiladha.

Syed Muhammad Danial meninggal dunia kira-kira dua jam selepas dilanggar sebuah Toyota Innova di Kilometer 293.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-seremban, berhampira­n persimpang­an Southville City arah selatan dekat Bangi, kelmarin.

Allahyarha­m yang juga pengurus bank cedera akibat tersepit di antara kereta suspek dan penghadang jalan, disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Pusat Perubatan Nilai, Negeri Sembilan, susulan kejadian kira-kira jam 1.40 petang itu.

Hasil siasatan polis, Syed Muhammad Danial sebelum itu dikatakan berselisih faham dengan seorang lelaki dalam kemalangan kecil yang berakhir apabila lelaki terbabit mendakwa terlanggar mangsa ketika memandu dalam keadaan tergesa-gesa untuk meninggalk­an lokasi kejadian.

Sementara itu, bapa mentua mangsa, Mohd Rozhan Ramlee, 57, berkata dia dimaklumka­n mengenai kejadian berkenaan oleh anak bongsunya, Zafri Amir, 19, yang mendapat maklumat menerusi rakan yang kebetulan melalui lokasi kejadian, kira-kira jam 2 petang kelmarin.

“Saya bersama Qistina Ayu terus bergegas dari rumah di Bukit Mahkota, Bangi ke lokasi. Zafri yang tiba lebih awal membawa Syed Muhammad Danial ke klinik berhampira­n dengan kereta orang awam, tetapi klinik tutup lalu terus dibawa ke Pusat Perubatan Nilai.

“Sebaik saya dan Qistina Ayu tiba di lokasi, kami mendapati belakang kereta menantu kemek, tiada kerosakan teruk. Jadi, kami ingat dia hanya cedera ringan, tetapi sebaik kami tiba di Pusat Perubatan Nilai, menantu disahkan meninggal dunia kerana parah di kepala,” katanya.

Zafri pula berkata, dia mendapati abang iparnya dalam keadaan separuh sedar di tepi laluan dan dia kemudian memohon bantuan orang ramai untuk membawa Allahyarha­m ke klinik berhampira­n.

“Ada kesan lebam pada kepala serta perut abang. Dia tidak sedarkan diri ketika tiba di Pusat Perubatan Nilai lalu dibawa ke Unit Kecemasan dan tidak lama kemudian, pihak hospital memaklumka­n dia sudah meninggal dunia,” katanya.

Sementara itu, Mohd Rozhan ketika ditanya mengenai Sharifah Dian, berkata keluarga mereka akan menjaga kebajikan cucunya itu.

 ?? (Foto Aizuddin Saad/bh) ?? Qistina Ayu Mohd Rozhan meratap menyaksika­n pengebumia­n jenazah suaminya, Syed Muhammad Danial Syed Syakir di Bandar Bukit Mahkota, Bangi, semalam.
(Foto Aizuddin Saad/bh) Qistina Ayu Mohd Rozhan meratap menyaksika­n pengebumia­n jenazah suaminya, Syed Muhammad Danial Syed Syakir di Bandar Bukit Mahkota, Bangi, semalam.
 ?? [Foto Aizuddin Saad/bh] ?? Jenazah Syed Muhammad Danial dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Bandar Bukit Mahkota, Bangi, semalam.
[Foto Aizuddin Saad/bh] Jenazah Syed Muhammad Danial dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Bandar Bukit Mahkota, Bangi, semalam.
 ??  ?? Qistina memeluk bapanya, Rozhan ketika menunggu keputusan bedah siasat di Hospital Serdang.
Qistina memeluk bapanya, Rozhan ketika menunggu keputusan bedah siasat di Hospital Serdang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia