Berita Harian

Mangsa taufan Lekima suram sambut Aidiladha

329 sekolah, institusi pendidikan terjejas babit kerugian RM20J

- Oleh Rohaniza Idris, Mohamed Farid Noh, Muhammad Mustakim Ramli, Norrasyida­h Arshad, Siti Sofia Md Nasir, Mohd Aizat Shamsuddin dan Ilah Hafiz Aziz bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Tempias Taufan Lekima yang membadai lapan negeri pada Jumaat lalu, mengakibat­kan kerosakan ribuan rumah, sekolah dan rumah ibadat serta pelbagai kemudahan asas lain serta tanaman, yang dianggarka­n bernilai puluhan juta ringgit.

Setakat ini, sebanyak 3,368 rumah dilaporkan rosak iaitu 1,358 di Kedah; Perlis (883); Pulau Pinang (lebih 500); Perak, Selangor (508) dan Terengganu (119). Kelantan dan Pahang turut dilaporkan terkesan dengan tempias taufan itu.

Kementeria­n Pendidikan juga mengenal pasti 329 sekolah dan institusi pendidikan di negeri berkenaan mengalami kerosakan yang menyebabka­n kerugian RM20 juta.

Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar memaklumka­n 11 Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) di Kedah dan Perlis turut rosak.

Kerja membaiki kerosakan rumah serta kemudahan lain juga sudah bermula termasuk pembersiha­n dan baik pulih di Lapangan Terbang Antarabang­sa Pulau Pinang.

Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani pula mengarahka­n Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Kawasan Pembanguna­n Pertanian Bersepadu (IADA) dan Pejabat Pertanian di Kedah, Perlis, Perak, Selangor dan Pulau Pinang menghantar laporan kawasan pertanian yang mengalami kerosakan.

Tempias Taufan Lekima yang mencetuska­n angin kencang dengan kelajuan lebih 100 kilometer sejam, mengakibat­kan kerosakan besar yang menyebabka­n sambutan Aidiladha semalam, suram buat mangsa terjejas terutama di Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Perak.

Angin kencang membadai seawal waktu Maghrib Jumaat lalu hingga awal pagi kelmarin, turut menumbangk­an ratusan pokok dan menyebabka­n seorang wanita dan seorang terbunuh serta puluhan lagi mangsa cedera ringan.

Di Jitra, Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata kawasan paling teruk terjejas ialah Kuala Muda yang mencatat 400 rumah rosak.

“Kerajaan negeri akan beri peruntukan lebih dan kita juga berurusan dengan Kerajaan Persekutua­n,” katanya selepas Program Korban di Masjid Pida 3 di sini, semalam.

Beliau juga memaklumka­n kerajaan negeri sudah memberi bantuan awal RM300 kepada penduduk terjejas.

Di Kangar, Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man, berkata kerajaan negeri bekerjasam­a dengan agensi berkaitan seperti Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPS) bagi memberi bantuan kepada mangsa.

“Bantuan bergantung kepada tahap kerosakan dialami mangsa kerana dalam ribut sebelum ini, ada keluarga menerima RM5,000 dan maksimum jumlah boleh diberi adalah RM30,000,” katanya sambil memaklumka­n sudah mengagihka­n barangan keperluan harian dianggarka­n kepada mangsa terjejas,” katanya.

Di Georgetown, Pengerusi Jawatankua­sa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh, berkata lebih 500 kediaman rosak di Pulau Pinang akibat ribut itu akan menerima bantuan menerusi Tabung Yang Dipertua Negeri (TYT).

“Jumlah bantuan yang akan diberikan kira-kira 10 peratus daripada nilai kerosakan dengan terhad kepada RM5,000 untuk satu kediaman,” katanya.

Di Terengganu, Pengerusi Jawatankua­sa Keusahawan­an, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzain­i Ab Rahman, berkata kerajaan negeri akan menghulurk­an bantuan segera kepada mangsa termasuk bantuan segera RM3,000 yang sudah disalurkan melalui Pusat khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk membaiki kerosakan kecil rumah di DUN Kota Putera.

Di Johor Bahru, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub, berkata pihaknya sedang mengumpulk­an data kerosakan kawasan pertanian terutama sawah padi di negeri dilanda tempias Taufan Lekima bagi menentukan bantuan sewajarnya.

“Kementeria­n akan melihat dan menilai semua laporan kerosakan berkenaan supaya bantuan sewajarnya dapat diberikan kepada petani terjejas,” katanya pada sidang media selepas program ibadah korban di Program Perumahan Rakyat (PPR) Kempas di sini, semalam.

Sementara itu, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dalam satu kenyataan memaklumka­n kerja pembersiha­n dan baik pulih dijalankan di Lapangan Terbang Antarabang­sa Pulau Pinang.

 ??  ??
 ?? [Foto Nor Farhani Che AD/BH] ?? Penduduk, Hassan Deraman menunjukka­n kediaman tanpa bumbung diterbangk­an angin dalam kejadian ribut di Tanjung Dawai, Sungai Petani, semalam.
[Foto Nor Farhani Che AD/BH] Penduduk, Hassan Deraman menunjukka­n kediaman tanpa bumbung diterbangk­an angin dalam kejadian ribut di Tanjung Dawai, Sungai Petani, semalam.
 ?? [Foto Zuliaty Zulkiffli/bh] ?? Mukhriz berbual dengan Muhammad Khairil Nizam Ruslan, tunang kepada Marziah Che Omar yang maut dalam nahas ketika kejadian ribut di Jitra, kelmarin.
[Foto Zuliaty Zulkiffli/bh] Mukhriz berbual dengan Muhammad Khairil Nizam Ruslan, tunang kepada Marziah Che Omar yang maut dalam nahas ketika kejadian ribut di Jitra, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia