Berita Harian

Pusat kusta terus diceroboh

Kuarters bekas pesakit ‘ditawan’, tanah PKKN seluas 227 hektar diusahakan pekerja warga Indonesia, Bangladesh

- Oleh Amin Ridzuan Ishak, Mohd Nasaruddin Parzi dan Fitri Nizam bhnews@bh.com.my

Selepas tiga tahun pendedahan BH, tanah kerajaan di sekitar Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) Sungai Buloh masih diceroboh untuk dijadikan tapak semaian rumput dan pokok hiasan yang dijaga warga asing, termasuk dipercayai pendatang tanpa izin.

Sungai Buloh: Selepas lebih tiga tahun penceroboh­an pendatang asing di Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) di sini, didedahkan akhbar ini, keadaan terkini tidak banyak berubah.

Tinjauan BH mendapati masih ada tanah milik kerajaan di sekitar PKKN kekal diceroboh dengan perusahaan penanaman rumput dan nurseri. Pekerja adalah warga asing, termasuk dipercayai pendatang asing tanpa izin dengan majoriti dari Indonesia dan sebahagian kecil warga Bangladesh.

Malah, wartawan BH yang memantau kediaman bekas pesakit kusta di PKKN juga mendapati ada yang masih berpenghun­i, dipercayai diceroboh oleh warga asing.

Sesetengah daripada kuarters terbiar itu dilengkapi keperluan seperti barangan elektronik, antaranya mesin basuh. Tinjauan pada sebelah malam pula mendapati kediaman terbabit masih mempunyai bekalan elektrik.

Keadaan itu menimbulka­n persoalan sama ada pekerja asing terutama pendatang asing tanpa izin yang mengusahak­an tanah dalam kawasan PKKN seluas 227 hektar itu atau digajikan oleh pihak tertentu, kebal daripada tindakan undang-undang.

BH pada 11 Januari 2016, mendedahka­n PKKN yang pernah menjadi kawasan larangan sejak 1926 kerana menempatka­n koloni pesakit kusta dari seluruh negara hingga tiada lagi kes baharu pada 1996, umpama ditawan pekerja asing.

Ketika itu, lebih 15 rumah dibina kerajaan bagi menempatka­n pesakit kusta dan terbiar kosong selepas tiada kes baharu diterima, diambil alih pendatang asing yang memanfaatk­an kemudahan asas disediakan di situ seperti air dan elektrik secara percuma.

Hasil laporan itu, Jabatan Imigresen mengadakan serbuan mengejut ke kawasan berkenaan dan menahan beberapa pekerja asing ter

Kementeria­n Kesihatan tiada peruntukan melakukan kerja pemulihara­an rumah bekas pesakit kusta yang kini usang dan terbiar. Kita minta bantuan Jabatan Warisan Negara bagi salurkan peruntukan pulihara binaan PKKN.

Dr Radhiah Mustafar,

Ketua Penolong Pengarah Kanan PKKN

masuk berstatus pendatang asing tanpa izin.

Susulan pendedahan BH, Kementeria­n Kesihatan ketika itu memutuskan merobohkan rumah terbiar dalam PKKN bagi mengelak penceroboh­an berulang dan kerajaan terpaksa menanggung kos air dan elektrik yang diseleweng.

Namun, tinjauan terkini BH mendapati tiada langsung kerja perobohan dilakukan, kediaman bekas pesakit kusta masih kekal dalam keadaan begitu uzur kerana tidak diselengga­ra.

Sumber rapat dengan PKKN berkata, walaupun isu terbabit didedahkan BH tiga tahun lalu, tiada tindakan drastik diambil pihak berkuasa bertanggun­gjawab, malah kawasan PKKN masih lagi jadi koloni pendatang asing tanpa izin.

“Keadaan itu mengundang rasa tidak selesa penduduk setempat berikutan kebanjiran tidak terkawal warga asing di kawasan mereka biarpun lokasi itu agak tersorok.

“Banyak persoalan yang timbul berkaitan situasi ini. Adakah ‘penghuni’ PKKN itu kebal daripada undang-undang atau ada pihak yang ‘memayungi’ aktiviti mereka di lokasi terbabit,” katanya.

Beliau meminta kerajaan memandang serius isu berkenaan dan mengatasin­ya sebelum PKKN memperoleh status tapak warisan dunia daripada Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO).

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Keratan akhbar BH mengenai PKKN yang disiarkan pada Januari 2016.
Keratan akhbar BH mengenai PKKN yang disiarkan pada Januari 2016.
 ??  ??
 ??  ?? Kediaman bekas pesakit kusta kini menjadi tempat tinggal warga asing dilengkapi kemudahan elekrik dan barangan elektronik.
Kediaman bekas pesakit kusta kini menjadi tempat tinggal warga asing dilengkapi kemudahan elekrik dan barangan elektronik.
 ?? (Foto Mohamad Shahril Badri Saali/bh) ?? Tanah dalam kawasan PKKN seluas 227 hektar diusahakan secara haram oleh pendatang tanpa izin.
(Foto Mohamad Shahril Badri Saali/bh) Tanah dalam kawasan PKKN seluas 227 hektar diusahakan secara haram oleh pendatang tanpa izin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia