Berita Harian

Jokowi teruja naiki Proton dipandu PM

-

Kuala Lumpur: Presiden Indonesia Joko Widodo berkongsi keterujaan beliau menaiki kereta yang dipandu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika lawatan dua harinya ke Malaysia, yang berakhir, kelmarin.

Dr Mahathir pada Jumaat membawa Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi ke majlis makan tengah hari yang dihoskan beliau di Seri Perdana menaiki Proton Persona.

“Bapak Tun Mahathir sungguh pemimpin senior yang enerjik dan pekerja keras. Bukan hanya soal urusan negara, mobil pun beliau setir sendiri.

“Bisa ngebut juga. Ini kali kedua saya menumpang di mobil yang dikemudika­n Bapak Tun Mahathir,” tulis beliau melalui perkongsia­n video di Twitter.

Dr Mahathir memandu Persona berwarna merah dengan nombor pendaftara­n B 2367 A dengan diikuti kenderaan yang membawa delegasi lain dari Indonesia.

Ia adalah kali kedua-dua pemimpin itu berkongsi kereta dipandu Dr Mahathir selepas kali pertama pada Februari 2015 apabila Dr Mahathir memandu uji Proton Iriz di litar uji Sepang.

 ??  ?? Jokowi berkongsi video di Twittterny­a ketika menaiki Proton Persona dipandu Dr Mahathir ketika lawatannya ke Malaysia.
Jokowi berkongsi video di Twittterny­a ketika menaiki Proton Persona dipandu Dr Mahathir ketika lawatannya ke Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia