Berita Harian

Jabatan Meteorolog­i akui wujud kelemahan amaran

-

Kuala Lumpur: Jabatan Meteorolog­i Malaysia (MET) mengakui wujud kelemahan dalam mengeluark­an amaran berhubung tempias Taufan Lekima yang membadai Langkawi, Jumaat lalu.

Ketua Pengarahny­a, Jailan Simon, berkata bagaimanap­un amaran tempias Taufan Lekima yang membadai Pulau Pinang dan beberapa negeri lain di utara Semenanjun­g dikeluarka­n lebih awal sebelum kejadian.

Katanya, bagi kes di Langkawi, jabatan mendapat maklumat mengenai kesan Taufan Lekima hanya membabitka­n kawasan di selatan Thailand dan Malaysia tidak dinyatakan secara spesifik.

“Justeru, jabatan mengeluark­an amaran Taufan Lekima itu tidak memberi kesan signifikan kepada Malaysia. Di sini, kita akui mungkin kesilapan kita yang tidak buat pengiraan yang lebih daripada apa yang dijangkaka­n,” katanya kepada BH.

Jailan berkata, untuk kes di Pulau Pinang, jabatan mengeluark­an amaran sejam lebih awal daripada kejadian, namun apa yang berlaku di luar jangkaan dan kebiasaan yang melanda negara ini.

Katanya, apa yang berlaku sememangny­a satu yang luar biasa dan tidak pernah berlaku di negara ini terutama di kawasan utara Semenanjun­g.

“Sistem ramalan dan maklumat mengenai cuaca seperti kesan ribut dan taufan yang dimiliki jabatan ini sememangny­a yang terkini dan menyamai sistem yang diguna pakai negara lain atau mengikut piawaian antarabang­sa.

“Selepas ini, jabatan akan mendapatka­n maklumat yang lebih terperinci dan spesifik serta berkongsi maklumat dengan negara jiran atau agensi cuaca rantau ini,” katanya.

Jabatan mengeluark­an amaran Taufan Lekima itu tidak memberi kesan signifikan kepada Malaysia. Di sini, kita akui mungkin kesilapan kita yang tidak buat pengiraan yang lebih daripada apa yang dijangkaka­n.

Jailan Simon, Ketua Pengarah MET

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia